Penyanyi, Usop meluahkan rasa terharu selepas mendedahkan dirinya ada menerima hadiah berupa telefon pintar jenama Iphone hasil pemberian daripada para peminatnya.

Menurut Usop, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk dia memiliki telefon pintar secanggih itu kerana baginya telefon biasa sudah memadai buat dirinya.

“Tak Pernah Mimpi Pun Akan Pakai,” – Pernah Diperlekeh Sebab Guna Handphone Biasa, Peminat Terus Hadiahkan Usop Iphone!

“Tak pernah termimpi pon akan pakai ‘iphone’ sebab saya ni orangnya simple. janji dapat call & Whatsapp cukup.

IKLAN

“Terharu sangat bila fans bagi hadiah yang saya sendiri tak pernah terfikir akan beli. Sebelum ni selalu ja kawan-kawan ejek phone saya phone biasa.

“Ya la sebab saya tak kisah pon pasai phone. So bila dapat hadiah ni memang rasa mcm tak percaya. Thank you @usopmaniaofficial @usoplovers Love u all,” tulisnya.

Rasa terharu itu dikongsikan oleh naib juara program Big Stage 2020 (BS2020) itu menerusi sebuah video berdurasi 59 saat yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Dalam pada itu, Usop turut mendedahkan dirinya pernah diperlekeh gara-gara hanya menggunakan telefon bimbit biasa.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah Usop itu selain turut mendoakan agar penyanyi kesanyangan mereka itu sentiasa sukses pada masa akan datang.

IKLAN

“Tak Pernah Mimpi Pun Akan Pakai,” – Pernah Diperlekeh Sebab Guna Handphone Biasa, Peminat Terus Hadiahkan Usop Iphone! “Tak Pernah Mimpi Pun Akan Pakai,” – Pernah Diperlekeh Sebab Guna Handphone Biasa, Peminat Terus Hadiahkan Usop Iphone!

Terdahulu, Usop difahamkan telah pun menerima tawaran lakonan dan bakal bergandingan bersama rakan artis yang juga merupakan juara BS2020, Azzam Sham.

Sumber : Instagram Usop

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI