Program realiti hiburan fenomena, Gegar Vaganza Musim Ke-6 (GV6) kembali lagi dengan para peserta yang hebat dan mantap.
Misalnya, peserta Tahir Ali atau lebih dikenali sebagai Jatt (Black Dog Bone) merupakan antara peserta GV6 dan dia menjadi peserta paling senior musim ini.
Jatt, 63 tahun mendedahkan bahawa dia pernah menerima tawaran GV semenjak musim kedua lagi.
“Saya telah terima tawaran ini semenjak GV2, GV3 dan GV4. Tapi ketika itu, saya terpaksa tolak secara baik kerana sibuk menyanyi di kelab.
“Apabila mereka (pihak produksi) menghubungi saya dan saya juga sudah berbincang dengan team saya.
“Sekali gus, mereka memberi ‘green light’. Jadi, saya terima dengan hati terbuka,” katanya kepada MH.
Ads
Akui sedikit gemuruh untuk bersaing bersama rakan selebriti yang mempunyai keunikan suara tersendiri, Jatt akui agak sukar buat dirinya andai perlu menyanyikan lagu bergenre rap.
“Saya takut saya akan diberi tanggungjawab untuk membawa lagu rap. Saya tak pernah nyanyi lagu sedemikian dari dulu sampai sekarang.
“Buat masa sekarang ini, saya tiada spesifik lagu rap yang saya boleh bawa dan insyallah saya akan cuba untuk mencari dan mencuba nyanyi rap sekiranya perlu, ” katanya yang sudah biasa membawa lagu rock, zapin dan asli tradisional.
Ads
Pada masa sama, bintang Singapura ini juga yakin program ini banyak memberi impak positif kepada para peserta dan peminat.
“Program ini bukan sahaja nak lihat kita nyanyi dalam genre muzik yang biasa kita bawa, sebaliknya mereka mahukan sesuatu di luar kotak untuk melihat persembahan-persembahan yang jarang atau tak pernah kita lakukan,” katanya optimis. FOTO
Jatt ditemui di The Gardens Mall, Mid Valley baru-baru ini selepas perkenalan 13 bintang GV yang bakal berentap pada 13 Oktober ini (Ahad).
“Apa yang menarik minat saya untuk menyertai program ini kerana dari awal lagi program ini diadakan, saya lihat kita dapat bertemu rakan-rakan lama yang muncul kembali dan membuat persembahan.
Ads
“Seronok apabila bersama rakan-rakan artis yang lain dalam satu pentas. Itu merupakan satu kelebihan dalam program ini.
“Saya sudah bersedia dan hanya ikut sahaja seperti pihak produksi mahukan,” jelasnya bersemangat.
GV6 bersiaran langsung pada 13 Oktober ini (Ahad) di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) yang menampilkan peserta seperti Sham (Visa), Roy, Ameer (Sofazr), Hardy Mirza, Naqiu (Boboy), Wann, Mazlela, Feeza, Noorshila Amin, Nurfatima, KOOL dan One Nation Emcess.
Minggu pertama konsert, bintang senior ini mendapat markah tertinggi di kalangan juri iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap dan Ella yang diundang sebagai juri jemputan iaitu 84.67 peratus
https://www.youtube.com/watch?v=DoTAcgntwsk
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Syafiq Kyle mengakui rasa terharu apabila penyanyi Anuar Zain ada memberikan dedikasi serta penghargaan buatnya ketika dia sedang menikmati makan tengahari di sebuah kafe di Bangsar, semalam.
Kata Syafiq ketika dihubungi MH, kejadian tersebut berlaku di luar sedar dan apabila mengetahui perkara tersebut, dia rasa cukup terkejut.
“Sedang mahu menikmati hidangan tengah hari bersama ibu, saya perasan Anuar Zain turut berada di kafe yang sama. Bagaimanapun tempat duduk kami agak jauh dan hanya saling berbalas senyuman.
“Namun apabila mahu buat bayaran selepas selesai makan, rupanya Anuar Zain yang terlebih dulu beredar dari premis berbekaan sudah pun melangsaikan bil menu kami bersama sekeping nota yang cukup membuatkan saya rasa terharu,” tambahnya.
Bintang Nur 2 ini turut memberitahu, dia rasa teruja kerana nota tersebut hadir dari individu senior dan berpengaruh dalam bidang seni.
“Meski dia seorang penyanyi, namun ucapan serta penghargaan yang diberikan terhadap lakonan saya buatkan saya rasa gembira.
“Siapa yang tidak kenal dengan Anuar Zain yang sudah sinonim dengan bidang nyanyian di negara ini. Jadi bila penghargaan itu datang darinya, sudah pastilah saya ‘wow’ dan terkejut.
“Apa pun, ucapan tersebut juga secara tidak langsung memberi signal buat saya untuk terus cuba berikan yang terbaik dalam apa sahaja yang dilakukan, insyaAllah,” jelasnya yang turut memuat naik nota berkenaan menerusi Insta Stories Instagram.
Dalam perkembangan lain, drama Nur2 lakonannya juga sedang ditayangkan menerusi slot Samarinda di TV3.
Turut sama terlibat di dalam drama rantaian terbabit termasuklah Amyra Rosli, Azhan Rani, Noorkhriah, Azar Azmi dan ramai lagi.
Pelakon Zarina Zainuddin menzahirkan rasa syukur selepas anaknya, Muhammad Adam Azrai Abu Raihan meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Menurut Zarina, anaknya itu memperoleh gred A dalam enam mata pelajaran dan dua ‘B’.
“Allhamdulillah Adam dah dapat keputusan SPM dapat 6 A dan 2 B +. Syukur. Sebagai seorang ibu itu pun saya bersyukur sangat,” tulisnya.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Rajuk Karina itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, sebagai ibu bapa, dia akan memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang terbaik.
“Ibu tak pandai biarlah anak pandai semua. Ibu bapa pun mengharapkan anak berjaya. Saya doakan anak-anak kita semua berjaya. Amin,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa bangga selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Adam.
“Tahniah, hebat. Tahniah juga buat Kak Zarina.
“Semoga Kak Ina sentiasa cemerlang.
“Tahniah ibu dan anak. Semoga terus cemerlang.
“Pandainya anak ibu. Tahniah Adam dan ini,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, memetik laporan Berita Harian, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60, berbanding 4.74 pada 2022.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata seramai 11,713 calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2023, dibandingkan dengan 10,109 calon pada 2022, sekali gus mencatatkan peningkatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zarina Zainuddin & Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dikelilingi sahabat yang memahami dan sentiasa memberi sokongan dikala sedang bersedih, Achey Bocey baru-baru ini turut menerima sepucuk surat daripada kanak-kanak.
Menerusi isi kandungan surat yang diletakannya di dalam peti surat di kediaman Achey, difahamkan kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Azalea, Alisha dan Adam menulis kata-kata semangat buat Achey dan Fad di atas pemergian sahabat mereka, Abam.
“Assalamualaikum abang Achey, kami peminat abang Achey. Abang jangan sedih tau semenjak arwah Abam meninggal dunia. Kita sama-sama doakan arwah Abam agar tenang disana.
“Hanya kenangan yang boleh menggembirakan abang Achey dan abang Fad. Semoga amalan arwah di dunia ini diterima Allah dan semoga arwah Abam ditempatkan dikalangan orang beriman,” baca Achey dengan nada terharu.
Kongsi Achey, dia amat berterima kasih kepada kanak-kanak berkenaan sanggup mengirim surat kepadanya kerana memahami situasinya yang masih dibelengu kesedihan diatas pemergian sahabatnya, Abam pada 10 Februari lalu.
“Budak-budak pun faham, terima kasih hantar surat hingga pos ke rumah. Cantik tersusun ayat kalian,” kata Achey.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 200,000 tontonan dan ratusan komen.
Video : Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktor Sharnaaz Ahmad, mengakui kerap berlaku situasi perbezaan pendapat di antaranya bersama dua pengarah filem Blood Brothers: Bara Naga, iaitu Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra sepanjang sesi penggambaran berjalan.