Pelakon, Yana Samsudin mendedahkan anak lelakinya, Aisy Mateen lebih selesa untuk mempelajari subjek matematik didalam bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.

Jelas Yana, jika menggunakan bahasa Inggeris, anaknya itu akan lebih mudah faham dan cepat belajar.

Katanya lagi, semenjak Mateen masih bayi, dia telah pun mendedahkannya untuk menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aisy Mateen (@aisymateen)

 “Paling suka subjek matematik. Tapi mateen lebih suka kira dalam inggeris, dia cepat tangkap. Kalau bahasa melayu dia agak lambat sikit.

“Sebab masa baby lagi dah dedahkan tiga language bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa mandarin,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang anak itu menerusi entri terkini di laman Instagram Mateen.

IKLAN

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon, Fadzil Zahari ini turut menambah, anaknya itu kini sedang di dalam proses untuk mempelajari bahasa Arab dan juga penulisan jawi.

Tambah Yana, sebagai ibu, dia tidak pernah sekali pun memaksa anaknya itu apatah lagi menggunakan kekerasan sewaktu sedang mengajar.

“Sekarang dia akan guna mana yang dia paling ingat. Alhamdulillah sekarang juga dah minat bahasa arab dan jawi.

IKLAN

“Tak pernah paksa, tak pernah rotan semasa proses pembelajaran. Alhamdulillh mudah segala prosesnya,” katanya lagi.

Sementara itu, Yana turut menjelaskan bukanlah niatnya untuk membuat anaknya itu bersaingan dengan kanak-kanak seusia dengannya sebaliknya dia hanya ingin tahu sejauh mana potensi anaknya itu.

“Ingat mateen , mommy bukan nak berlumba dengan kepandaian mateen dengan anak anak yang lain . Mommy nak mateen pandai ikut potensi mateen sahaja.

IKLAN

“Semoga berguna untuk masa hadapan bila mommy takda nanti… #MaaflahMommyIkutCaraMommy hihihihi,” jelasnya.

Terdahulu, Yana dan Fadzil telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 13 Februari 2015.

Selain Mateen, pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan yang diberi nama Aura Aisy Sofea yang lahir pada November tahun lalu.

Sumber: Instagram Aisy Mateen

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI