Bersempena berita pertunangan pelakon, Bella Dally yang dikongsikannya semalam, rakan artis Elfira Loy turut memberikan ucapan dedikasi khas buat Bella.
Umum sedia mengetahui keduanya merupkan sahabat baik. Malah, bekas isteri kepada pelakon Nazim Othman itu juga pernah menjadi pengiring pada Elfira saatnya bergelar raja sehari, 1 Januari lalu.
Menerusi ruangan kapsyen, El berkongsi mengenai kegembiraan sahabatnya itu, saat mengikat tai pertunagan.
“She has the biggest smile on her engagement, so happy to see her this happy. I couldn’t stop smillijh when i received this on that day.
“Congratulations Bella Dally semoga Allah melindungi hubungan ini hingga ke jinjang pelamin dan semoga Allah permudahkan segala urusan,” titip El.
Lalu kegembiraan itu turut dibalas Bella menerusi ruangan komen.
Balasan tersebut turut disambut baik netizen dan mengharapkan agar ikatakan dipermudahkan hingga ke pelaminan.
Bella sebelum ini mengumumkan sudah menjadi tunangan orang menerusi Instagram, semalam yang nyata mengejutkan ramai.
Foto: Instagram Elfira Loy