Berita

“Tak Pernah Putus Doa,” – Cat Farish & Shikin Maembong Bakal Ke Tanah Suci, Impi Dikurnia Rezeki Zuriat

Share

Penyanyi dan komposer, Cat Farish tidak menolak rezeki untuk sekali lagi menimang cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Membong, Julai tahun lalu.

Menurut Cat, dia masih menanti kehadiran permata hati pelengkap keluarga dan berharap pemergiannya ke Tanah Suci bersama isteri tahun depan akan menghadiahkan rezeki anak.

“Kami sentiasa mencuba kerana sudah lama mengimpikan untuk menambah cahaya mata. Saya tak pernah putus berdoa.

“Jika tiada melintang kami bakal mengerjakan ibadah umrah tahun depan dan kami nak berdoa di depan Kaabah supaya dikurniakan rezeki anak segera,” katanya.

Ditanya sama ada mereka merancang untuk menimang zuriat memandangkan kedua-duanya sibuk berniaga ketia ini Cat berkata dia percaya kepada rezeki Yang Maha Esa.

“Tak pernah merancang. Kalau ada, Alhamdulillah. Lagipun anak yang dilahirkan membawa kerahmatan dan rezeki,” katanya lagi.

Sebelum ini, Cat pernah mendirikan rumah tangga dengan Suriani Hassan pada November 2020, namun mereka bercerai Januari tahun lalu dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Cat juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12.

Bagaimanapun Cat dan Hartiny membawa haluan masing-masing pada April 2016.

Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014 sebelum bercerai pada Jun 2016.

Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna.

Shikin kemudiannya berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020, namun berpisah dua tahun tahun selepas itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
MH