Tidak sampai lima hari dimuat naik di Youtube, iklan komersial satu jenama lampin pakai buang lakonan John Legend dan Adam Levine telah mencecah hampir 4 juta tontonan seluruh dunia.
Iklan menampilkan John Legend mengambil tugas menukar lampin anak lelakinya, Miles sambil menyanyi dan diiringi oleh pemain Super Bowl. Dan nyanyian disambut oleh Adam Levine yang turut menukar lampin anaknya.
Menurut Chrissy Teigen, John telah mula mendodoikan lagu tersebut sejak kehadiran Luna lagi,dua tahun lalu.
Tahun lalu, John tampil bersama Luna menyanyikan lagu yang sama menerusi iklan Pampers ‘Stinky Booty Song.’
Netizen cukup teruja melihat selebriti popular melakukan tugasan menjaga anak dan menyifatkan iklan ini antara yang terbaik pernah dilihat.
Foto – Youtube