Aktor popular, Datuk Aaron Aziz merakamkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran isterinya, Datin Diana Halik yang kini sudah menginjak usia 40 tahun.
Dalam titipan tersebut, Aaaron menyifatkan isterinya itu sebagai sumber kekuatan buat dirinya untuk terus kuat bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.
Katanya lagi, Diana juga seringkali mengingatkannya untuk sentiasa berbuat baik sesama manusia.
“Hi Dar, Semoga awak suka dengan hadiah tu. Welcome to the 40s club. Banyak benda I bersyukur sangat kepada ALLAH in my life.
“Kamu merupakan sumber kepada kekuatan saya dan tulang belakang kepada keluarga. Menjadi jiwa ketika saya terasa seperti ingin mengalah.
“Orang yang sentiasa mengingatkan saya untuk sentiasa berbuat baik dan bersedekah buat mereka yang memerlukan serta kurang bernasib baik,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Malah, dia juga turut mengagumi sikap isterinya yang sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan sekalipun.
Ads
“Kasih sayang dan kesabaran tinggi yang sentiasa kamu tunjukkan membuatkan saya tertanya-tanya macam mana kamu boleh atasi perangai pelik dan sikap baran saya. Tak pernah sekali pun saya dengar kamu menggunakan kata-kata kesat ketika kita bertengkar.
“Kamu adalah ‘tiket’ saya menuju ke syurga. Semoga Allah mengurniakan kamu dengan ketengan jiwa dan diberikan ganjaran syurga yang teringgi.
“Love you Dar. Saya harap awak boleh maafkan segala kesalahan dan kekurangan saya. Teruskanlah mencintai saya seadanya,” ucapnya lagi.
Dikesempatan itu juga, pelakon asal Singapura ini turut berjanji akan sentiasa menyayangi isterinya itu hingga akhir hayatnya.
Ads
“Saya tak boleh nak berjanji untuk sentiasa ada disepanjang hidup kamu tetapi saya boleh berjanji untuk sentiasa mencintai kamu disepanjang hayat saya.
“Selamat hari lahir Diana Halik. Semoga kita sekeluarga sentiasa di dalam keberkatannya. Ameen,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh saat membaca perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Aaron dan isterinya itu akan kekal bahagia hingga jannah.
“Pasangan yang dicemburui. Semoga bahagia hingga je jannah. Happy birthday madam.
Ads
“Happy birthday gorgeous mummy. Semoga kekal bahagia disamping keluarga tercinta. Till jannah aamiin.
“Happy Birthday Maam @diyanahalik . Moga panjang umur, murah rezeki dan jodoh berkekalan hingga ke Jannah..aamiin yaa rabb.
“Happy birthday Datin Diyana, semoga dirahmati Dan diberkati Allah sentiasa.
“Happy birthday kak @diyanahalik Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahi rezeki yang banyak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk rekod, Aaron mendirikan rumah tangga bersama Diyana Halik pada 2003.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata Danish Anaqi, 18, Dwi Ariana, 16 dan Dahlia Arissa, 12.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aaron Aziz & Dayana Halik.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setiap tahun acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) menjadi tumpuan ramai kerana kemeriahan yangtonjolkan di samping objektif sebenar untuk meraikan industri seni reka fesyen di negara kita.
Setiap pereka fesyen pasti memiliki ‘muse’ mereka dan sesetengahnya datang daripada kalangan selebriti tempatan. Apa yang pasti, masing-masing tampil anggun dalam busana pilihan, baik yang disediakan oleh pereka fesyen itu sendiri atau pilihan koleksi peribadi.
Jom kita intai, 10 gaya selebriti wanita popular tanah air.
IZARA AISHAH
Pelakon cantik ini bijak mengadun gaya setelah berhijab. Masih sopan menjaga auratnya, dia cantik dalam balutan busana rona hijau zamrud rekaan pereka fesyen terkenal, Alia Bastamam.
EMMA MAEMBONG
Emma tampil bagaikan ‘royalty’ dalam gaun labuh potongan duyung disertakan dengan bolero statement penuh jemeki rekaan duo pereka, Rizman Ruzaini.
AZIRA SHAFINAZ
Like a cotton candy! Pelakon dan penyanyi daripada kumpulan De Fam ini tampil feminin dalam busana jenama Innai Red.
SHAZA BAE
Juara Dewi Remaja 2019 yang kini bergelar seorang pelakon dan pengacara tampil ‘daring’ dan berani dalam busana rekaan Rizman Ruzaini. Rekaan busana ini mengingatkan penulis kepada busana Marilyn Monroe yang digayakan Kim Kardashian di MET Gala.
UMMI NAZEERA
Ummi sememangnya seorang selebriti yang pandai bergaya. Merupakan antara wajah wajib dilihat ketika minggu fesyen, ini merupakan salah satu gaya yang menjadi pilihannya. Dia menyarung busana serba hitam rekaan pereka fesyen, Kit Woo.
KAVITHA SIDHU
Aktres dan juga ratu cantik Malaysia ini tidak dimakan usia penampilannya. Kavita Sidhu nampak regal dalam persalinan rekaan Alia Bastamam ketika menghadiri persembahan koleksi terbaru pereka fesyen itu.
SCHA ALYAHYA
Malaysia Fashion Darling! Pelakon, pengacara dan Dewi Remaja 2005/06 ini sememangnya tidak pernah kalah dalam bergaya. Biarpun penampilannya ringkas namun semuanya serba kena. Scha tampil kasual dalam persalinan rekaan Fizi Woo yang digayakan bersama seluar jeans rona biru muda.
AINA ABDUL
Aina sememangnya sentiasa menarik perhatian ramai dengan gaya fesyen yang dipakainya. Kali ini dia tampil dalam persalinan hitam ‘fluffy’ rekaan Behati bagi menghadiri pertunjukan fesyen pereka fesyen tersebut.
EYKA FARHANA
Eyka menggayakan rekaan gaun labuh meleret penuh labuci rekaan Rizman Ruzaini saat menghadiri pertunjukan fesyen rumah fesyen itu. Biarpun berlengan panjang, namun perletakan fabrik sheer pada bahagian dada dalam lengan memberi efek ‘seksi’.
NADIYAH SHAHAB
Aktres cantik dan isteri kepada Ben Ali ini tampil kasual dalam padanan top broked dan seluar palazo oversized. Menurut maklumat di hantaran Instagram, busana ini merupakan busana peribadi yang berada di dalam simpanannya sendiri.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Zila Bakarin ada berkongsi berita gembira bersama pengikutnya di akaun Instagram.
Kongsi bintang drama bersiri 7 Hari Mencintaiku itu, dia telah terpilih sebagai ikon kempen Jom Celik Al-Quran yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersama Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ).
“Alhamdulillah! Ptg tadi selesai sudah majlis pelancaran Program #JOM CELIK AL-QURAN anjuran #MAIWP bersama #IPAQ
“Sungguh tak sangka saya antara artis yg terpilih utk jadi IKON #jomcelikalquran rezeki Allah…
Selain Zila, selebriti Adam Corrie Lee, Lisdawati dan Heliza Helmi turut dipilih sebagai ikon untuk kempen berkenaan.
“antara IKON lain ialah @adamcorrielee @lisdawati15 @nurhelizahelmi @hazwanihelmi @ustazrusydialjauhari
Dalam pada itu, pelakon berusia 45 tahun ini menyarankan kepada peminat untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.
“Program ini mengajak kita belajar mengaji dari awal hingga qatam… insyaallah..
“Semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat.Marilah kita jadikan Al-Quran panduan hidup dan sahabat.,” tulisnya.
Nama penyanyi dangdut, Baby Shima sememangnya sentiasa menjadi perhatian netizen dek kerana konten-konten kontroversi yang dikongsi menerusi akaun media sosialnya.
Terbaharu, Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 30, sekali lagi menjadi perdebatan di kalangan warganet apabila dia berkongsi video bersama seekor anjing berwarna coklat kehitaman di hadapan sebuah bangunan dipercayai di Manila, Filipina berdasarkan tanda pagar yang ditulis penyanyi tersebut.
Dalam video tersebut, Shima hanya memegang tali yang diikat pada leher anjing itu tanpa memegang atau menyentuh binatang berkenaan.
“Siapa kacau, kena gigit dengan Baby Sugar,” tulis Shima di ruangan kapsyen Instagramnya.
Memerhati di ruang komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Shima yang dikatakan sengaja ‘mengumpan’ warga maya untuk berkata buruk mengenai dirinya.
“Saja nak kena kecam ni.
“Meminta ini dikecam.
“Bila orang kecam, view naik. Ini saja cara nak naikkan nama. Zaman sekarang kalau nak naikkan nama, kena post benda yang jadi kecaman netizen kan,” komen netizen.
Walaupun begitu, ada juga netizen yang mempertahankan Shima yang dikatakan tidak memegang anjing tersebut sebaliknya hanya tali kolar binatang berkenaan sahaja.
“Ala, dia bukan peluk atau pegang pun anjing tu. Masih boleh dipertimbangkan.
“Pegang anjing haram, macam mana pula geng couple pegang tangan… kira macam mana ya. Pegang anjing haram tapi boleh samak. Kalau pasangan couple pegang tanngan haram boleh samak ke?,” tulis netizen.
Sebelum ini, Shima pernah dikecam kerana imej seksi, bertatu serta bergelek keterlaluan sebuah majlis keraian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Baby Shima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya...