Aktor popular, Datuk Aaron Aziz merakamkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran isterinya, Datin Diana Halik yang kini sudah menginjak usia 40 tahun.
Dalam titipan tersebut, Aaaron menyifatkan isterinya itu sebagai sumber kekuatan buat dirinya untuk terus kuat bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.
Katanya lagi, Diana juga seringkali mengingatkannya untuk sentiasa berbuat baik sesama manusia.
“Hi Dar, Semoga awak suka dengan hadiah tu. Welcome to the 40s club. Banyak benda I bersyukur sangat kepada ALLAH in my life.
“Kamu merupakan sumber kepada kekuatan saya dan tulang belakang kepada keluarga. Menjadi jiwa ketika saya terasa seperti ingin mengalah.
“Orang yang sentiasa mengingatkan saya untuk sentiasa berbuat baik dan bersedekah buat mereka yang memerlukan serta kurang bernasib baik,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Malah, dia juga turut mengagumi sikap isterinya yang sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan sekalipun.
“Kasih sayang dan kesabaran tinggi yang sentiasa kamu tunjukkan membuatkan saya tertanya-tanya macam mana kamu boleh atasi perangai pelik dan sikap baran saya. Tak pernah sekali pun saya dengar kamu menggunakan kata-kata kesat ketika kita bertengkar.
“Kamu adalah ‘tiket’ saya menuju ke syurga. Semoga Allah mengurniakan kamu dengan ketengan jiwa dan diberikan ganjaran syurga yang teringgi.
“Love you Dar. Saya harap awak boleh maafkan segala kesalahan dan kekurangan saya. Teruskanlah mencintai saya seadanya,” ucapnya lagi.
Dikesempatan itu juga, pelakon asal Singapura ini turut berjanji akan sentiasa menyayangi isterinya itu hingga akhir hayatnya.
“Saya tak boleh nak berjanji untuk sentiasa ada disepanjang hidup kamu tetapi saya boleh berjanji untuk sentiasa mencintai kamu disepanjang hayat saya.
“Selamat hari lahir Diana Halik. Semoga kita sekeluarga sentiasa di dalam keberkatannya. Ameen,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh saat membaca perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Aaron dan isterinya itu akan kekal bahagia hingga jannah.
“Pasangan yang dicemburui. Semoga bahagia hingga je jannah. Happy birthday madam.
“Happy birthday gorgeous mummy. Semoga kekal bahagia disamping keluarga tercinta. Till jannah aamiin.
“Happy Birthday Maam @diyanahalik . Moga panjang umur, murah rezeki dan jodoh berkekalan hingga ke Jannah..aamiin yaa rabb.
“Happy birthday Datin Diyana, semoga dirahmati Dan diberkati Allah sentiasa.
“Happy birthday kak @diyanahalik Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahi rezeki yang banyak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk rekod, Aaron mendirikan rumah tangga bersama Diyana Halik pada 2003.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata Danish Anaqi, 18, Dwi Ariana, 16 dan Dahlia Arissa, 12.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aaron Aziz & Dayana Halik.