Penyanyi Misha Omar meluah rasa lega selepas dia berjaya mendapatkan kembali akaun Instagram miliknya yang telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab sebelum ini.
Menurut Misha, ini kali pertama dia berhadapan dengan situasi sedemikian.
“Alhamdulillah, akhirnya Kak Mitch dapat balik nama Misha Omar yang telah ditukar kepada nama H. A. Fadil beberapa hari yang lalu. Tidak pernah terfikir akan melalui pengalaman seperti itu,” tulisnya.
Perkara tersebut dimaklumkan penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu menerusi hantaran di Instagram.
Lantaran itu, Misha turut mengingatkan ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bila berhadapan dengan situasi serupa.
“Sesungguhnya hackers itu adalah benar. Kawan-kawan Kak Mitch semua, hati-hati ya. Ambil langkah berjaga-jaga. Semoga kalian terhindar dari perkara-perkara yang tidak baik seperti ini,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Misha turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah membantunya untuk mendapatkan kembali akaunnya itu.
“Terima kasih kepada tangan-tangan yang sangat baik hati menghulurkan pertolongan kepada Kak Mitch! Hanya Allah saja mampu membalasnya. You know who you are!,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Misha dijangka bakal membuat persembahan di Anugerah Meletop 2022 yang bakal berlangsung malam nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini .