Bergelar selebriti apa yang dipaparkan mungkin tak seindah apa yang dibayangkan. Kita sering melihat selebriti tampil cantik dan bergaya sempurna di khalayak umum.

Namun, disebalik ‘kesempurnaan’ itu mereka juga manusia biasa yang mengalami masalah kulit, sama seperti hijabi diluar sana.

Justeru, MH berkesempatan bertanyakan tip dan rahsia kecantikan kulit wajah aktres jelita Elfira Loy. Siapa sangka ibu kepada dua cahaya mata ini juga mempunyai masalah kulit. Ini perkongsian Elfira Loy tentang bagaimana dia menangani masalah kulit yang dihadapinya!

“Dekat Luar, Walaupun Nampak Macam Bersolek. El Cuma Gunakan Concealer Tiada Foundation,” – Elfira Loy

“Tak Pernah Terlambat Untuk Mulakan!,” Nasihat Elfira Loy Untuk ‘Wanita’ Di Luar Sana!

Ketika ditanya apakah nasihat EL untuk para wanita, El berkata jika mahukan kulit yang sihat dan cantik, ini respon yang diberikan.

Ads

“Tak pernah terlambat untuk mulakan! Lagi kita menjaga kulit, lagi banyak perkara yang akan kita pelajari tentang kulit kita. Jadi kita akan tahu produk yang bagaimana yang sesuai untuk kulit dan atasi masalah kulit kita.

“Selalunya dekat luar, walaupun nampak macam El mengenakan solekan. Tetapi El cuma gunakan concealer tiada foundation sahaja. Sebab sekarang ini, El sedang menjaga kulit El dengan lebih baik, daripada mengenakan solekan,” ujarnya.

“Macam El, El akan selalu bercakap perkara-perkara positif dengan kulit El. Contohnya macam, selamat pagi kulit ini untuk pudarkan cela, tolonglah berkesan!,” seloroh Elfira.

Cara Elfira Loy Tangani Masalah Kulitnya!

“Tak Pernah Terlambat Untuk Mulakan!,” Nasihat Elfira Loy Untuk ‘Wanita’ Di Luar Sana!

Ads

“Masalah kulit yang El hadapi adalah kulit sensitif, kulit kering dan senang dehidrasi. Bila El buat analisa kulit El baru tau yang El ada banyak bintik hitam pada kulit, walaupun kalau tengok depan-depan memang tak nampak ketara.

“Dengan masalah-masalah kulit ni, kondisi kulit El macam tak berfungsi, bila El cuba mengenakan solekan, solekan itu tak smooth dan macam tak melekat dengan baik pada permukaan kulit,” katanya.

Sehubungan itu, El turut berkongsikan cara bagaimana dia menangani masalah kulit yang dimilikinya dengan melakukan ‘Exfoliation’. Menurut El cara ini sangat lembut dan tidak merengsakan kulitnya.

Ads

“Selalunya jika El gunakan exfoliator ada bahagian muka terutamanya di bahagian bawah mata yang akan bertukar merah. El tak pasti samada ini berlaku kerana ini adalah bahagian kulit yang paling sensitif.

Kulit yang cantik sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Min setuju apa yang El katakan ‘better late than never’

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Instagram Elfira Loy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI