
Penyanyi Afieq Shazwan menyatakan rasa syukur apabila berjaya memiliki kereta baru jenis Honda Civic RS, baru-baru ini.
Menerusi Instagram, bintang berusia 24 tahun itu teruja kerana sekurang-kurangnya, kereta yang baru dimilikinya itu buat keselesaan ibu tersayang.
“Syukur Alhamdulillah Ya Allah atas rezekiMu yang tak terhingga, tak pernah termimpi walaupun tidaklah sehebat mana, tapi cukup memadai untuk Afieq bersama mama.
“Usaha, sabar, dan tawaqqal. Alhamdulillah Allah makbulkan jugak. Walaupun berbagai ujian tempuh sama-sama, akhirnya bahagia pun kecapi bersama,” tulisnya.
Penyanyi lagu Resah Kerinduan ini turut menitipkan dedikasi buat ibunya.
“Thank you mama, sentiasa ada di sisi dalam susah dan senang walaupun pernah rasa give up tapi mama lah penaik semangat Afieq.
“InsyaAllah more to come. Thank you semua yang sentiasa mendoakan afieq dengan mama. Semoga mama sentiasa sihat dapat tengok Apit kawin pulak,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Sulung & Usianya 20 Tahun… Tok Ti Perkenal Wajah Baharu SimplySiti, Zahra Zura Aziza

Penyanyi Datuk Sri Siti Nurhaliza menerusi jenamanya SIMPLYSITI, telah melancarkan koleksi kosmetik
terbaharunya yang disasarkan kepada semua golongan masyarakat di Malaysia, pada Khamis.
Memanjatkan rasa syukur, Siti dalam satu kenyataan turut yakin dengan sambutan yang bakal diberikan pengguna menerusi koleksi terkininya itu.
“Berkonsepkan ‘SIMPLYSITI FOR ALL’, saya yakin rangkaian kosmetik terbaharu ini akan dapat memenuhi citarasa ramai kerana rona warna yang disediakan sesuai untuk semua warna kulit wanita Asia dan peringkat umur.
“Ia sesuai bagi penggemar kosmetik yang inginkan penampilan ‘matte’ semulajadi,” katanya.
Rangkaian kosmetik ini mula berada di pasaran bermula 9 September dan ia menampilkan koleksi solekan yang terdiri dari SimplySiti ‘2-way Cake’, ‘Compact Powder’, ‘Loose Powder’, ‘Cushion Foundation’, ‘Liquid Foundation’ dan ‘Powder Blush’.
Turut dilancarkan ialah rangkaian gincu dengan tiga kemasan iaitu ‘matte’, ‘semi-matte’ dan ‘moist’, ‘9 in 1 Eyeshadow’, ‘SimplySiti Valumizing dan Lash Extension Mascara’, ‘Eyeliner’ bersama ‘Eye Brow Pencil’ dalam rona hitam dan coklat serta ‘Micellar Water’.
Menurut Siti lagi, setelah 11 tahun berada di pasaran, dia teruja dengan pelancaran kosmetik terbaharu ini kerana pada masa sama, wajah baharu ‘Brand Ambassador’ SimplySiti turut diperkenalkan.
Wajah wakilan ini akan bersama-sama beliau untuk mempromosi koleksi kosmetik, rangkaian penjagaan kulit dan semua produk keluaran SimplySiti yang akan datang.
Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, merupakan gadis bertuah yang terpilih sebagai ‘Brand Ambassador’ SimplySiti.
Gadis cantik ini berjaya menjadi ‘top finalist’ melalui Pertandingan Pencarian Wajah SimplySiti yang diadakan pada bulan Jun yang lalu, di mana pihak SimplySiti telah menerima lebih dari 700 penyertaan.
Zahra ialah pelajar tahun akhir, Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Insurans UiTM, anak pertama dari dua orang adik-beradik.
Berasal dari Kuala Lumpur dan bercita-cita untuk menjadi Pembaca Berita selain meneruskan kerjaya dalam bidang Insurans.
“Saya amat berbesar hati dengan pemilihan ini dan tidak menyangka menjadi ‘top 4’ dan seterusnya pemenang bagi pertandingan ini.
“Saya juga tidak pernah bermimpi untuk berkerjasama dengan Penyanyi Nombor 1 Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza, dan saya tidak akan mensia-siakan peluang keemasan ini,” katanya.
SimplySiti yang ditubuhkan pada tahun 2010, merupakan jenama kosmetik dan penjagaan kulit keluaran tempatan yang dirumus secara saintifik dan terbukti secara klinikal serta mempunyai Sijil Halal Jakim, dimana ia menjadi pilihan wanita islam di Asia.
Jenama SimplySiti mencerminkan gaya hidup Datuk Sri Siti Nurhaliza sendiri yang praktikal, mudah dan sentiasa tampil menawan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sakit Hingga Terpaksa Solat Guna Kerusi,” – Dynas Mokhtar Berkongsi… ‘Luaran Nampak Okay, Tapi ‘Enjin’ Tak Tahu Macam Mana.”

Pelakon Dynas Mokhtar, 38, mengakui kolaborasinya bersama produk Black G bersama rakan niaga, Mohamad Mughniy Mohamad, 33, selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan itu menjadi ruang terbaik buatnya untuk berkongsi manfaat produk yang berkualiti kepada semua orang.
Menurut Dynas, selain berkongsi idea dari segi pemasaran dan penjualan, dia bersyukur kerana maklum balas yang diberikan cukup baik.
Bagaimanapun sebelum bersetuju untuk bekerjasama, dia sekeluarga terlebih dulu mencuba rangkaian produk berkenaan sebelum yakin untuk berkongsi.
“Jujurnya saya cubanya ketika suami disahkan positif Covid-19. Iyalah, sebagai antara ikhtiar untuk bina kembali umunisasi tubuhnya. Sebab waktu itu, dia hilang suara dan deria rasa. Malah mood pun hilang.
“Alhamdulillah selepas itu keadaannya kian baik. Kuasa Allah SWT yang menyembuhkan dan kami usaha mana yang termampu. Saya tak kata ia boleh sembuhkan Covid-19, tetapi apa yang saya nak beritahu, ia berupaya membantu mengembalikan tenaga.
“Sejak itulah, saya turut amalkan kerana bimbang memandangkan saya kontak rapat suami. Tapi Alhamdulillah saya negatif. Kemudian, selepas rasai sendiri kebaikannya, baru saya berani nak kongsi dan berikan kepada mana-mana individu yang saya jumpa. Sikit-sikit saya terima reaksi positif,” katanya.
Malah Dynas terharu syukur apabila rakan artisnya juga kian pulih dari masalah yang dialami sejurus mengambil Black G.
“Paling ketara, bila ada rakan pelakon yang akui sendiri akan kebaikannya. Kami berlakon sama dan sebelum ini dia alami sakit di bahagian lutut sebab terjatuh hingga terpaksa solat guna kerusi. Umurnya pun muda lagi.
“Katanya dalam enam bulan dia jalani rawatan. Kemudian saya syorkan dia cuba Black G Plus Liquid. Dalam dua minggu dia beritahu saya nak jadi agen dan diberikan pada ahli keluarganya yang lain.
“Alhamdulillah sampai sekarang dia amalkan. Malah dia pun sama-sama berkongsi kebaikan pada yang lain. Gembira sebab sekurang-kurangya saya dapat bantu rakan yang alami kesulitan,” katanya.
Dalam pada itu, Mughniy berkata, produk Black G juga terpilih mewakili Malaysia untuk produk herba yang akan dipamerkan di Expo Dubai 2021/2022 atas kualiti dan manfaatnya.
“Insya-Allah kami akan memulakan pasaran di negara luar seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan China dalam masa terdekat ini. Sudah tentu kami juga menyasarkan untuk menembusi pasaran benua Eropah pada masa akan datang,” katanya.
Produk Black G asli yang turut disokong Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) ini boleh didapati menerusi Shopee di Official Flagship Store iaitu Black G Nutrima by Dynas Mokhtar dan penghantaran diuruskan oleh rakan seperjuangan mereka, Zepto Express.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“I Love You, The Most,” – Dedikasi Ummi Nazeera Buat Famili Buat Netizen Tersentuh Jiwa, Sweetnya!

Pelakon, Ummi Nazeera kini telah banyak meluangkan masa bersama suami dan anaknya.
Terbaru, Ummi telah memuat naik satu keping gambar dia di akaun Instagram miliknya dengan menulis ucapan dedikasi yang sangat manis kepada suaminya.
“When i say i love you more, it doesnt mean i love you more than you love me.”
“I mean i love you more than the bad days ahead of us. I love you more than any fight we will ever have. I love you, the most.” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on
Begitu sayang sungguh Ummi kepada suaminya, Izzar Anwari yang merupakan seorang doktor.
Rata-rata netizen memberikan komen yang positif kepada Ummi kerana dia menunjukkan sifat penyayang kepada suaminya.
Sudahlah cantik dan ayu, penyayang pulak tu. Bertuah sungguh suami Ummi dapat isteri yang macam ni.
Untuk rekod, Ummi telah mendirikan rumah tangga bersama dengan suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayra Aneesah yang kini berusia 5 bulan.
Foto : Instagram Ummi Nazeera
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI