Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menerima Anugerah Influencer 2018 di Nona Superwoman malam tadi hadir melangkah penuh gaya di karpet merah program berkenaan dengan gaun serba hitam dengan perincian batu permata di bahagian lengan dan gaunnya.
Berkongsi mengenai tema persalinannya malam tadi, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Anta Peraman ketika ini menjelaskan, dia mengambil inspirasi rekaan gaun tersebut dari seorang pereka di Labenon.
“Apabila ditunjukkan konsep atau teaser majlis untuk malam ini, hati saya kata ‘wow’ dan mengapa tidak untuk lakukan ‘extra persiapan’. Jadi saya ada terlihat suatu rekaan dari pereka antarabangsa lalu saya hantarkan ia pada Rizman.
“Kata saya ‘mampu ke?’ dan Rizman kata ‘boleh’. Jadi itulah, Rizman pun reka mengikut caranya,” kata Siti pada MH.
Ditanya sama ada dia kini rajin mencari idea konsep rekaan baju yang akan dipakai bimbang andai ia dikritik netizen, bintang ini menjelaskan adalah sesuatu yang normal untuk orang di luar sana berkata mengenai apa sahaja.
“Tak adalah sampai begitu sebab bagi saya normal kalau kita pakai cantik pun, akan ada orang yang akan cari mana kelemahannya. Mungkin sudah tiada benda nak cakap jadi serba sedikit mereka akan cuba cungkil sesuatu untuk diperkatakan.
“Bagi saya, mana yang kenal saya sebagai Siti Nurhaliza, apa yang saya itulah yang membuatkan saya berkeyakinan.
“Dan kalau ada yang kata saya cantik pada malam ini, terima kasih pada Rizman juga sebab berjaya hasilkan sesuatu yang saya mahukan,” jelasnya.
Sementara itu, Rizman yang setia di sisi Siti turut menambah, inilah kali pertama selepas sekian lama bekerjasama penyanyi itu ada memberikan idea terhadap gaun yang akan digayakannya di karpet merah.
“Terkejut juga bila TokTi berikan idea. Nak siapkan baju ni dalam tempoh dua ke tiga minggu juga. Fabrik yang digunakan adalah daripada material creep dan di bahagian dalamnya ada ‘construction’ sebab itulah kalau kita tengok badannya ‘terletak cantik’,” terang Rizman.
Diajukan perihal butiran batu pertama yang ada di gaun berkenaan, pereka itu tidak mampu memberikan jawapan kerana butirannya yang begitu banyak
“Lebih 2,000 batu permata. Itu pun pada lengan TokTi Saja. Rasanya puluhan ribu kot. Ya konsepnya seperti ‘panah petir’,” seloroh Rizman.
Pada malam itu, Siti turut menerima Anugerah Nona Legend 2018. Tahniah!
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI