“Tak Puas, Nak Lagi!,” – Ramai Suka, Geli Hati Tengok Video Shuib & Ryan Bakery

Share

‘Konten’ video yang dimuat naik usahawan, Shuib bersama ‘Tik Toker’, Ryan Bakery pada Rabu di Instagram bagi mempromosikan bisnes minuman miliknya iaitu BubbleBee mencuri perhatian warganet.

Ryan sebelum ini cukup popular menerusi kandungan video yang mengimbau zaman kanak-kanak dan kebanyakan video yang dihasilkan menerima jutaan tontonan menerusi Tik Tok.

Di dalam hantaran yang sudah pun menerima lebih 100,000 tanda suka itu, ia memaparkan Shuib yang awalnya sedang memesan BubbleBee tiba-tiba dipandang seorang ‘kanak-kanak’ (Ryan).

Beberapa kali diperhatikan, Shuib kemudiannya menghulurkan cawan aiskrim yang dibelinya sebelum dilarikan oleh ‘kanak-kanak’ berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan video yang berdurasi kurang seminit itu.

“Penunggu BubbleBee,” tulis Shuib ringkas pada ruangan kapsyen.

Ada yang menyifatkan gandingan berkenaan mencuit hati meski tidak membabitkan apa-apa dialog. Ini antara komen yang diberikan;
“Hahahhaha hahahaha yall la eb.”
“Gandingan mantap!”
“Tak puas, nak lagi!”
“Aduuu kenapa lari? Nak tengok muka dia makan coklat aduhhhh.”
“Tak pernah tak kelakar, tak pernah mengecewakan.”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH