“Tak Punya Kedua Belah Tangan Dan Kedua Belah Kaki,” – Pengorbanan Ibu OKU Besarkan Anak-Anak Buat Hati DS Aliff Syukri Tersentuh

Share

Memuat naik perjalanan seorang ibu istimewa yang tidak mempunya kedua-dua belah tangan dan kaki, jelas Datuk Seri Aliff Syukri, walaupun serba kekurangan namun itu tidak menjadi penghalang buatnya membesarkan anak-anak.

Malah, walau hanya menjual kuih di jalanan, namun itulah pengorbanan tidak ternilai seorang ibu mampu lakukan demi anak-anak tercinta.

“Mak cik di sebelah abang ni memiliki aura yang sangat hebat. Di dalam kehidupan yang beliau tempuhi ketika ini, sangatlah mencabar kerana di dalam keadaan dirinya yang sangat teristimewa kerana mak cik ini tidak mempunyai kedua belah tangan dan kedua belah kaki yang cukup sifat, beliau sanggup membesarkan kedua-dua anaknya dan sekolahkan anaknya dengan pekerjaan yang beliau lakukan.

“Hanya dengan menjual kuih muih untuk menyara kehidupannya. Sangat mahal dan sungguh besar pengorbanan seorang ibu ini. Semoga Mak cik ini dapat meneruskan kehidupan dengan sebaik mungkin dan dapat menjadi aspirasi kepada orang diluar sana. .

“Kalau korang nak tahu apakah yang berlaku dengan mak cik ini, korang boleh tengok dekat Youtube Tv Terlajak Laris,” kongsinya.

Perkongsian usahawan dan penyanyi ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata meninggalkan reaksi di ruang komen.

Foto : Instagram DS Aliff Syukri

Published by
Noraini Abd Wahab