Kebiasaannya naskhah yang melibatkan perjalanan hidup seseorang itu dibuat garapannya sama ada dalam bentuk filem, novel atau rancangan dokumentari.
Namun lain halnya buat pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad yang kisah hidupnya sejak dari kecil kini diabadikan dalam rancangan animasi ‘Lu Pikir La Nabil Tuudeh..!
Mengambil latar kehidupan Nabil di Kampung Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan, Nabil merasa cukup teruja dapat berkongsikan kisahnya yang mungkin tidak diketahui ramai sebelum ini.
“Saya memilih untuk menghasilkan animasi ini kerana ingin mencari kelainan. Bagi saya, filem pendek dan rancangan realiti itu sudah agak biasa.
“Saya sangat teruja dan bersyukur diberi peluang oleh Astro sendiri untuk menjadi selebriti pertama yang menghasilkan animasi sendiri.
“Tujuan utamanya adalah untuk menjadi selebriti pertama yang mempunyai animasi tersendiri. Jika kita mahu mengikut dunia digital pada zaman sekarang ini, sudah terlalu banyak animasi dan kartun-kartun yang dikeluarkan dari segi penceritaan yang moden tetapi tidak ramai selebriti yang mendapat peluang untuk buat animasi berdasarkan kehidupan mereka sendiri,” kata Nabil.
Ads
Hos Gegar Vaganza ini turut bertindak sebagai pelakon alih suara dalam siri animasinya.
‘Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..! yang diterbitkan Astro dan Ed Online Technologies Sdn. Bhd. itu diarahkan oleh Syukur Majid.
Setelah rancangan animasinya berjaya direalisasikan, bapa kepada tiga cahaya mata perempuan itu berharap selepas ini dia dapat menerbitkan filem berkisarkan tentang kehidupannya pada masa lalu.
“Saya berharap agar suatu hari nanti kita akan ada Lu Pikir La Nabil The Movie yang akan ditayangkan di seluruh pawagam atau di saluran Astro First, InsyaAllah. Saya juga berharap agar penonton terhibur dengan penceritaannya.
Ads
Penceritaan menerusi lima episod pendek yang berdurasi tujuh hingga sebelas minit ini mengisahkan Nabil, seorang kanak-kanak yang penuh dengan angan-angan dan seringkali menimbulkan kekecohan di kampungnya dengan tidak sengaja.
Dan kerana hal itu, dia berdepan dengan pelbagai masalah, tambahan pula dengan kehadiran budak baharu bernama Syasya sehingga menggugat persahabatan dengan kawan-kawan karibnya, Mok serta Fahmi.
Hidupnya serba tidak kena dengan pelbagai masalah yang timbul ketika Ramadan yang mengakibatkan kekecohan berlaku ketika sambutan Hari Raya dikampungnya.
Ads
Animasi musim kedua ini menggambarkan suasana sambutan Ramadan dan Raya Nabil sewaktu kecil di kampungnya. Penceritaan animasi ini juga mengetengahkan dialek tempatan iaitu dialek Negeri Sembilan sebagai dialog utama yang menjadikan animasi tersebut lebih menghiburkan.
Siri mini animasi ini juga mengekalkan tempo penceritaan padat dan padu dengan pengisian-pengisian yang boleh dijadikan pengajaran dalam hidup seisi keluarga walaupun berdurasi pendek.
Siri mini animasi Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..! musim kedua ditayangkan setiap Khamis bermula 7 April lalu, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna HD (107) dan ulangan di saluran Astro Ceria HD (611) pada setiap Ahad, jam 3.00 petang.
Animasi ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nabil Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Betty Rahmad agak sedih dengan trend warganet yang dilihat gemar memberikan ulasan terhadap setiap isu-isu viral sehingga membuka ruang untuk orang ramai berbalah sesama sendiri.
Menurut Betty, kita seharusnya memberikan sepenuh tumpuan terhadap isu yang lebih serius yang sedang melanda negara ketika ini iaitu pandemik Covid-19.
“Salam Jumaat. Jomlah doa supaya kita dan keluarga dilindungi dan dijauhi dari segala malapetaka, penyakit, virus dan orang yang tak baik untuk kita.
“Everyday ada je news tak best, pastu viral. Pastu semua orang post benda sama dan tanpa sedar bagi ruang orang bergaduh dan maki hamun sesama sendiri,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada seorang anak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Betty turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama berdoa semoga keadaan negara lekas pulih seperti sedia kala.
“Sudah-sudahlah tu guys, jomlah kita doa supaya negara kita pulih cepat dari covid dan dapat kembali hidup normal. Semua orang dah penat kan! Sikit lagi dont give up and stay strong ok semua,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Betty selain turut berharap agar trend seperti ini tidak diteruskan lagi pada masa akan datang.
“Allah turunkan musibah supaya kita bermuhasabah. Semoga kita semua terlindung dari fitnah. InsyaAllah Ameen.
“Betul tu. Semua nak memaki hamun. Sudah-sudahlah tu.
“Setuju dear, urusan kita dengan Allah itu lebih utama,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, selain menceburkan diri didalam bidang lakonan, Betty turut sibuk menguruskan bisnes sambal miliknya.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Betty Rahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sambutan 1 Syawal tahun ini pasti dirai dengan penuh kegembiraan selepas sebulan berpuasa, meski kita semua tetap insafi diri mengenangkan ada saudara seagama kita yang tetap teguh berjuang menentang anasir jahat.
Dan pastinya juga, amalan saling bermaafan sesama keluargadan sanak saudara menjadi rutin wajib bagi umat Islam yang meraikan.
Malah, persalinan baju raya yang serba baru turut sama menjadi perhatian, lebih-lebih lagi di kalangan selebriti popular tempatan.
Lihatlah barisan (outfit of the day) ootd figura popular ini di hari Aidilfitri hari pertama yang sudah pun separuh hari berlalu.
Mana yang paling meletop dan jadi pilihan korang?
Datuk Seri Siti Nuhaliza & Suami
Ikmal Amry
Meerqeen
Mimi Lana
Nadhir Nasar
Aeril Zafrel & Wawa Zainal
Fattah Amin
Aiman Hakim & Zahirah Macwilson
Erra Fazira
Datuk Ramli MS & Datin Alyah
Zizie Ezette
Scha AlYahya & Awal Ashaari
Bella Astillah
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kepada mereka yang mengikuti perkembangan pelakon, Mia Ahmad di laman sosial Instagram, pastinya menjadi tanda tanya mengenai gambar yang dikemaskini (update) Mia buat masa ini.
Melihatkan pada profile Instagramnya, Mia nampaknya telah memadam gambar bersama suami, Mohd Izham Tarmizi Roslan.
Tambahan pula, pelakon drama Mr Boss, Miss Stalker itu turut memuat naik status yang berunsur kecewa.