Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, kini muncul dengan muzik video terbaharu, Magis yang telah dilancarkan secara rasmi pada Isnin jam 9.00 malam.

Meneruskan sukses, muzik video berkenaan pantas menjadi sorotan apabila ia kini ditonton kira-kira 50,000 kali tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Muzik video Magis disutradarai oleh pengarah Lily Samsuddin dan diterbitkan oleh Zeel Production. Pembikinan video klip Magis ini melibatkan kolaborasi dengan pasukan produksi kreatif GHZ Studio.

Turut ditampilkan ialah pelakon Fadhlan Hazim, Azza Elite serta pelakon cilik Rafique Iskandar dan ia dipersembahkan oleh saluran Astro Ceria sebagai runut bunyi drama bersiri franchise, Hikayat Bawang Putih Bawang Merah yang bakal ditayangkan pada 21 Oktober depan.

Muzik video ini ialah idea Siti sendiri bersama pengarah kreatif Zeel Production, Marr Mohamad dengan membawa elemen dongeng, fantasi dan kepahlawanan wanita bersesuaian dengan genre drama bersiri tersebut.

Ads

Menerusi muzik video itu, Siti memegang watak sebagai Ratu Srikandi dan mempunyai babak pertarungan bersama watak penjahat (Fadhlan Hazim)

Siti secara peribadi mengimpikan sebuah video muzik yang memaparkan dirinya melakukan aksi lasak.

Jalan cerita video muzik Magis ternyata memberikan peluang kepada penyanyi ini merealisasikan cita-citanya dengan melakukan aksi memanah dan adegan pertarungan.

Ads

”Sewaktu berbincang dengan pihak penerbit dan pengarah, saya ingin memperlihatkan diri saya dari sisi yang berbeza kerana tidak ramai yang tahu, saya sering berlatih memanah, berlatih Muay Thai dan suka mencuba aktiviti lasak,” katanya.

Bagi penerbit, Hj Md Fadzil Teh pula, penghasilan muzik video ini menjadi satu pengalaman istimewa bagi rumah produksinya.

“Saya merasa sangat teruja, terharu dan ini merupakan sebuah pengalaman yang sangat istimewa. Ini merupakan kali kedua kami menerbitkan muzik video Siti selepas Siapa Tak Mahu.

Ads

“Tambah pula Siti Nurhaliza inginkan babak aksi, mempunyai babak berlawan. Jadi kami berusaha semampu mungkin termasuk menyediakan pelakon lagak aksi kepadanya.

 “Siti sangat komited dan latihan hanya dilakukan di lokasi penggambaran hanya sekitar 1 jam sebelum penggambaran bermula,” katanya.

Lagu Magis antara salah sebuah lagu yang dimuatkan di dalam album Sitism terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd dan Universal Music Malaysia yang dicipta oleh Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King manakala lirik oleh Mas Dewangga dan Jova Devito.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI