Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mengesahkan dirinya sudah bertunang semula dengan bekas kekasih, Datuk Seri Khazrul Elzey.
Menurut Zarina, bibit percintaan mereka kembali berputik selepas masing-masing punyai perasaan rindu.
“Alhamdulillah kami sudah bertunang semula dan saya sangat gembira. Sepatutnya hari ini saya datang ke majlis ini dengan dia tapi tiba-tiba dia sibuk dan ada urusan di kampung.
“Jadi, saya datang hari ini dengan anak beliau.
“Bibit-bibit cinta itu datang kembali lebih kurang sebulan yang lalu. Masing-masing memujuk antara satu sama lain. Kami masing-masing mengalah dan ada perasaan rindu,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Jack Yusof itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk Beunita yang berlangsung di Forest Valley, Cheras pada Sabtu.
Ads
Dalam pada itu, Zarina turut mendedahkan dirinya enggan menoleh ke belakang dan menghormati hubungan masing-masing ketika mereka sedang berpisah.
“Dia rapat dengan seorang perempuan, saya juga ada rapat dengan lelaki lain. Kami berdua sudah matang. Kami tak boleh ada perasaan cemburu kerana pada waktu itu hubungan kami sudah putus.
“Saat itu kami berdua berasa sunyi dan sedang tersakiti. Kami hanya berkawan dan ada juga berjumpa orang lain. Kami bukan bercinta tetapi berkawan.
“Dia tak kisah saya berkawan dengan siapa. Begitu juga saya. Namun, bila ada perasaan cinta, kita tetap akan bersatu jua,” ulasnya lagi.
Ads
Ditanya apakah yang membuatkan dirinya terbuka hati semula untuk kembali memulakan perhubungan dengan orang yang sama, Zarina menjelaskan mereka sebenarnya sudah sangat serasi dan memahami antara satu sama lain.
“Anda tak rasa ke kami ni ada perangai yang gila-gila? Sebab itu hubungan kami ini sangat rapat. Tambah pula, anak-anak kami menyayangi antara satu sama lain. Mereka juga rapat. Jadi, rasa malas nak cari orang lain,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Zarina turut memaklumkan dia dan tunangannya tidak mahu terlalu terburu-buru memikirkan soal berkahwin sebaliknya mahu perbaiki diri terlebih dahulu.
Ads
“Niat itu ada tapi saya tahu jodoh itu di tangan Allah. Saya sendiri tak tahu. Mungkin hubungan kali ini akan menjadi dan mungkin tidak.
“Kini kami berdua sedang berusaha memperbaiki diri ke arah lebih baik daripada kesilapan lepas. Saya mahu belajar bersabar dan tak ulangi kesilapan lalu.
“Jadi, soal berkahwin, kami mahu jalani hubungan ini secara perlahan. Satu langkah demi satu langkah. Mungkin kesilapan lepas kami terlalu terburu-buru,” akhirinya.
Terdahulu Zarina pernah bertunang dengan Khazrul Elzey dan berkongsi perkara itu di media sosial pada 22 Januari lalu.
Bagaimanapun ia tidak bertahan lama apabila Zarina mengumumkan putus tunang selepas dua minggu mengikat tali pertunangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Puteri Sarah Liyana menyeru orang ramai agar memberikan ruang buat pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang kini sedang dihimpit kontroversi melibatkan rumah tangganya.
Menurut Puteri Sarah, orang ramai tidak sepatutnya menghukum Bella diatas segala yang berlaku ketika ini.
“Marilah kita sama-sama beri semangat pada Bella Astillah. Janganlah kita judge dia.
“Yang dah berlalu, biarlah berlalu.
Kita fokus yang sekarang,” tulisnya.
Pandangan itu dikongsikan oleh pelakon drama Hijrah Jannah itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Lantaran itu, Puteri Sarah turut menasihati semua pihak untuk menitipkan doa yang terbaik buat sahabatnya itu.
“Saya tahu cerita dari awal sampai akhir jadi tak baik kita judge dia.
“Berkatalah yang baik-baik kerana itu adalah satu doa. Berilah Bella ruang.
Sama-sama kita berdoa untuk Bella,” katanya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memaklumkan dirinya akan sentiasa ada buat Bella sekiranya dia memerlukan tempat mengadu dan meluahkan perasaan.
“Saya cuba menghubungi Bella Astillah. Awak sentiasa ada ketika saya memerlukan bahu untuk menangis.
“Kini, saya sentiasa ada untuk awak jika awak perlukan,” kongsinya lagi.
Terdahulu, suami kepada Bella yang juga merupakan selebriti terkenal, Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat apabila dilaporkan ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium di ibu negara, awal pagi tadi.
Dua selebriti berkenaan yang difahamkan sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita terbabit.
Memetik laporan Harian Metro, Aliff dikatakan enggan membuka pintu unit kondominium tersebut sehingga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Sementara itu, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya, Aliff Aziz ialah individu yang dicekup bersama seorang pelakon wanita, sebagaimana yang dilaporkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dua belas buah lagu yang layak bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sudah pun diketahui malam tadi dan daripada jumlah itu, tiga karya ciptaan bersama penyanyi dan komposer, Hael Husaini berjaya mara anugerah muzik tahunan itu.
Kesemua lagu yang layak diumumkan sejurus saingan Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam yang bersiaran langsung di TV3 oleh hosnya, Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni.
Tiga lagu terbabit adalah Belenggu Rindu yang dicipta Hael bersama Ezra Kong dendangan Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.
Seterusnya, lagu Peluang Kedua ciptaannya juga berjaya mara ke AJL35 dan malam tadi, Hael menyanyikan lagu tersebut menggantikan Nabila Razali.
Hati yang dicipta Hael bersama Ezra menjadi lagu ketiganya yang mara ke AJL35.
Sementara itu, dua lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang didendangkan penyanyi lain turut berjaya iaitu 7 Nasihat nyanyian Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta serta Aku Bidadari Syurgamu ciptaan Ippo Hafiz dendangan Aishah.
AJL 35 dijadualkan akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, 7 Februari depan.
Tujuh lagu lain yang turut berjaya lolos dan meneruskan saingan ialah Semalam ciptaan dan nyanyian Aina Abdul,Hutang dendangan Floor 88 ciptaan Zai Hamzah dan Achoi serta Kau Sakiti, dendangan Amir Masdi yang dicipta Faizal, Mike, Ezra, Romeo dan Mage.
Single terbaru Kaka Azraff, Gila turut berjaya ke AJL tahun hadapan bersama-sama lagu Gundah (Ernie Zakri ciptaan Ernie Zakri dan Sharon Paul); Eh (Zizi Kirana ciptaan Zizi, Navigator dan Mambang) serta Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter ciptaan Dark).
Terdahulu, dua episod SFMM35 berlangsung pada 20 dan 21 November lalu dan puluh lagu hasil undian peminat melalui carta Muzik Muzik 35 bersaing pada SFMM35.
Juri profesional terdiri daripada komposer Ajai, Edrie Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan Azmeer yang bertindak sebagai ketua juri.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin mendedahkan empat jenis pil yang perlu diambilnya dalam usaha mendapatkan rezeki zuriat.
Menerusi salah satu entri di Instagram yang turut dilampirkan dengan berapa video pendek, bintang berusia 36 tahun itu difahamkan mengambil pil tersebut atas nasihat doktor sebagai antara proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dilakukannya.
“Salam & Selamat pagi kesayangan semua . Today consultation day lagi dgn @sophea_fertility.
“Okayh mana2 yg tya i dah start mkn ubat apa ? Nah share , tiap pagi amik Folic Acid , Vitamin D , Coenzyme Q10 & Multi Vitamine.
“Selebihnya boleh dengar jawapan Doc dekat You Tube Elizad Sharifuddin Officially . Love @sophea_fertility,” tulisya sambil disusuli dengan beberapa tanda pagar.
Terdahulu, bekas hos Mingguan Wanita itu kini dalam usaha untuk mendapatkan anak selepas lima tahun berumah tangga dan kini turut menghadkan komitmen seninya.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015 lalu.
Foto: Instagram Siti Elizad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...