Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam mendapat perhatian netizen apabila ada segelintir individu yang memberi kritikan terhadap isternya, Awin Nurin yang dikatakan bersikap biadap dan melampau.

Semuanya kerana gara-gata gurauan serta gelagat wanita berkenaan yang menconteng mukanya tanpa sedar, baru-baru ini.

Lalu, pelakon asal Kelantan ini ada memberikan reaksi mengenai perkara tersebut kepada MH.

“Apa yang Izzue boleh katakan dekat sosial media ni kita tak boleh nak sekat orang untuk berkata apa sahaja yang mereka suka.

“Dia orang suka ke, tak suka ke itu mereka punya pandangan. Jadi pada Izzue apa yang Izzue rasa okay dan sesuai untuk share, Izzue post sajalah.

IKLAN

“Saya tak rasa pun isteri saya biadap sebab Izzue rasa itu adalah salah satu cara kami bergurau sebagai suami isteri,” tegasnya.

Malah kongsi bekas anggota Forteen ini lagi, dia juga pernah melakukan hal sama terhadap isterinya.

“Macam sebelum ni, Izzue pernah buat isteri Izzue panjat masuk dalam kereta guna tingkap, itu pun kira biadap juga sebagai seorang suami buat isteri macam tu.

IKLAN

“Akan tetapi sebenarnya kami okay jer sebab kami anggap itu guraian dan kami memang dah biasa gurau kasar macam ni,” kongsinya lagi.

Bagaimanapun, Izzue dengan hati terbuka memohon maaf kepada netizen yang berasa tidak selesa melihat gurauan dia bersama isterinya, baru-baru ini.

“Jadi mungkin orang di luar sana rasa macam kami ni kasar dalam bergurau, tapi apa-apa pun Izzue dan isteri minta maaf kalau ada yang tidak selesa dengan gelagat kami,” luah Izzue yang telah mendirikan rumah tangga bersama Awin pada 2 Jun 2013.

IKLAN

Izzue ditemui di Vogue Lounge, Menara Suezcap, Kuala Lumpur bersempena Anugerah Instafamous 2019, malam tadi.

Di acara tahunan itu, bintang berkenaan telah menerima anugerah khas untuk kategori Anugerah Instafamous Adiwira.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI