Selepas kontraknya bersama stesen radio, Suria FM tamat semalam, penyampai radio, Tyzo Xander tampil meluahkan isi hatinya berhubung keputusan tersebut.
Menurut Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain Idris, dia sebenarnya masih mahu meneruskan khidmat namun segala keputusan bukan ditangannya.
“Saya minta maaf kerana ini bukan keputusan saya. Saya masih lagi mahu bekerja. Saya punya anak tapi ini bukan kehendak saya.
“Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan kemenangan penyampai radio popular, Anugerah Bintang Popular, Berita Harian 2023,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengendali segmen Suria Petang bersama Sharifah Shahirah itu menerusi hantaran di Instagram.
Ads
Pada masa sama, Tyzo turut berharap agar tiada pihak yang memutar belitkan cerita dan meminta maaf kepada semua pendengar.
“Lepas ini mohon tiada pihak spin cerita atau olah ayat ‘tuduh diva’ demi menutup aib. Hanya yang pernah lalui sahaja tahu sakitnya.
Ads
“Jutaan maaf kepada seluruh pendengar Suria Petang. Buat Kak Rara, saya akan rindu bekerja dengan akak.
“Saya tak reda dengan pemergian ini tapi apa daya, saya tiada kuasa dan pilihan. Saya harus pergi. Maafkan saya dan selamat tinggal,” luahnya lagi.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Tyzo.
Semalam, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) memaklumkan keputusan untuk tidak menyambung kontrak Tyzo merupakan langkah Suria FM dalam merangka strategi dan perancangan baru untuk menghasilkan produk yang lebih menarik dan segar bagi tahun 2024 hingga seterusnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Tyzo Xander
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang juga suami kepada Yana Samsudin, Fadzil Zahari mendakwa pereka fesyen Zery Zamry sudah lima tahun berhutang dengannya.
Bagaimanapun, perkara tersebut didakwa masih tidak diselesaikan sehingga kini.
Perkara tersebut dimaklumkan Fadzil menerusi satu posting di Instagram miliknya beberapa hari lalu.
“Selamat ulang tahun ke 5 hutang Zery Zamry, moga dalam keadaan sihat walafiat hendaknya…agar dapat mengumpul hutang keliling pinggang dengan lebih efisyen tahun ni.
“Plan cuti mana tahun ni? Bali ke Mabul? #Hutang5TahunTanpaFaedah.
“Tag rakan anda yang masa nak minta pinjam duit nangis nangis, dah dapat duit hilang taktau pi mana.
“DM abang utk Post Review Kutip Hutang, slot terbuka sekarang!!!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Pasangan merpati dua sejoli, Fasha Sandha dan Aidil Aziz sering menjadi perhatian peminat kerana dikatakan cukup mesra dan romantis.
Baru-baru ini, Fasha telah berkongsi sekeping gambar ketika dia bersama Aidil menerusi akaun Instagram miliknya.
“Terima kasih Abang Sayang, tolong hantaq ceq yang tak berapa sihat ni pi set shooting seawal pagi. Semakin hari semakin sayang. Insyaallah”kongsi Fasha.
Pelakon dan pengacara Elfira Loy mendedahkan, permulaan kariernya dalam industri seni bukan kerana minat, tetapi demi membantu ibunya, Filzah Yusoff, menambah pendapatan bagi menampung...