Keikhlasan penyanyi dan komposer, Khai Bahar membuat ulasan produk dan mempromosikannya di Instagram dan platform media sosial lain miliknya, nyata menarik ramai pihak untuk menjadikan bintang ini sebagai wajah wakilan.
Ia termasuk produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin jenama Chocoalbab, yang menjadikan Khai sebagai sebahagian daripada mereka.
Asalnya, tawaran jenama berkenaan diterimanya Oktober tahun lalu, namun lamaran tersebut ditolak dengan baik kerana dia terikat dengan pelbagai komitmen lain termasuk menyanyi dan berlakon pada waktu itu.
“Tapi usaha pihak jenama terbabit yang tak pernah kenal istilah putus asa. Tak boleh cara begitu dan begini, mereka guna pula insan yang saya baik. Nampaknya menjadi juga usaha tersebut kerana saya akhirnya mengalah.
“Tambah pula saya penggemar coklat. Siapa yang tak suka coklat? Dipendekkan cerita sejak Januari lalu, saya ‘diikat’ mereka untuk tempoh tertentu. Kalau mereka berpuas hati, insya-Allah berpanjanganlah ‘jodoh’ kami.
“Saya pun bukan jenis yang sesuka hati mempromosikan produk makanan khususnya. Kalau tak sedap, saya takkan terima jadi duta. Saya tak mahu dilihat seperti ‘munafik’ mempromosikan makanan tak sedap hanya kerana dibayar,” katanya.
Khai yang baru sahaja melancarkan single berjudul Damba turut menambah, dia sudah terbiasa menjadi sikap dan tabiatnya melakukan sesuatu dengan ikhlas.
Ads
Jadi tidak pelik, pemilik empayar jenama produk itu memuji sikap tidak berkiranya yang pernah melakukan promosi produk itu lebih 19 kali dalam tempoh sebulan tanpa mengenal waktu.
“Saya bukan nak tunjuk baik. Cuma ia lebih kepada sikap hakiki manusia. Saya percaya orang lain pun mungkin akan buat benda sama.
“Makanan sedap wajar dikongsi. Lagipun orang bayar kita jadi duta, semestinya kena ligat promosi. Perasaan semangat nak promosi produk ini menjadi jadi kerana macam saya katakan tadi, segala jenis makanan berasaskan coklat menjadi kegemaran.
“Dalam hal berlebih lebih mempromosikan ini daripada apa yang ditetapkan, saya percaya ia berbalik kepada soal timbal balik sesuatu perkara. Mungkin sudah jadi sikap saya sebegitu.
“Pemilik jenama itu pun bersikap profesional dan tidak berkira, jadi saya pun tak kisah nak ‘belanja’ lebih mempromosikannya. Orang baik dengan kita, tak salah kita buat benda sama,” katanya.
Ads
Diusik persoalan mengenai soal bayaran yang diterima, ini reaksi Khai;
“Cukuplah saya katakan ia sangat memuaskan hati saya. Di sebalik lamaran jenama ini yang ditolak pada mulanya, saya percaya ada hikmah dan rezeki tertulis.
“Tambah dengan situasi pandemik COVID-19 yang masih berlarutan di negara kita, saya harus fikir soal ke depan. Saya kena bijak berbelanja dan melakukan simpanan untuk hari tua.
Ads
“Biarpun agenda dan aktiviti seni sudah diberi kelonggaran, saya percaya kita kena bersedia menjana pendapatan lain. Kita tak tahu apa yang mungkin terjadi esok, lusa,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Khai bakal menjayakan Konsert Nafas Cinta, Khai Bahar pada 12 Februari ini di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ Pac).
Jenama bijirin campuran coklat dan kacang Almond premium itu dilancarkan April tahun lalu oleh pengasasnya, Said Saiful Fazli di bawah syarikat CLA Empire Sdn Bhd.
Didatangkan dengan tiga jenis perisa, Choco Rice, Choco Ball dan Mini Choco Crunch, jenama dengan tagline Hidup Biarlah Sedap itu mensasarkan jualan satu juta tub dalam sebulan selain dieksport ke Indonesia, Brunei dan Thailand.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida memaklumkan telah hadir ke Mahkamah Kota Bahru bersabit perbicaraan kes tuntutan hak penjagaan anaknya, hari ini.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berharap segala urusannya dipermudahkan.
“Bismillah Permudahkanlah urusanku Ya Allah.
“Harini saya akan ke Kota Bharu kelantan. Saya @cikb_havoc66 & @kacak_._
“Akan ke Mahkamah Kota Bharu besok utk Perbicaraan kes Tuntutan Hak jagaan Mereka Berdua.
“Doakan Kami ESOK..PUKUL 10 PAGI,” tulisnya.
Serentak dengan itu, rata-rata peminat mendoakan agar segala urusan penyanyi lagu I Am Me ini berjalan dengan lancar.
Untuk rekod, Vida berkahwin dengan Mohd Amin tahu pada 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.
Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.
Vida sah bercerai dengan Mohd Amin pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Foto: Instagram DSV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah filem Saadiah: Bekal Kasih Merdeka, Ellie Suriaty optimis terhadap kualiti lakonan penyanyi, Kaka Azraff yang mendukung watak balu anggota polis, Saadiah Abdullah ketika muda setakat ini.
Mengambil latar masa akhir 1975, Ellie mengakui terpanggil untuk menguji kemampuan ibu kepada dua cahaya mata itu di sejurus melihat persembahan Kaka menerusi lagu tersebut yang turut menampilkan Noki K-Clique dan Loka B.
“Saya pilih Kaka sebab lagu Gila. Bila saya teliti liriknya itu, dalam hati terdetik bahawa jika dia mampu capai apa yang saya mahukan.
“Jadi pemikiran dan idealistiknya di dalam lagu tersebut ‘bertemu’ dengan titik pertemuan yang saya mahukan di dalam karektor Saadiah ketika muda.
“Ia seterusnya membawa kepada titik pertemuan dengan Saadiah ketika tua yang dilakonkan Khatijah Tan. Itu yang saya mahukan daripada seorang pelakon yang memainkan satu peranan untuk dua zaman,” katanya kepada MH.
Ellie menambah, personaliti Kaka dan Khatijah Tan yang membawa watak Saadiah pada tahun 2012 tidak terlalu ketara perbezaannya, sekali gus menjadikan perjalanan filem ini lebih realistik.
“Kalau kita tengok dari segi susuk fizikal, ada persamaaan apabila dilihat daripada ‘green screen’. Perubahan daripada Saadiah pada tahun 1975 dan membawa kepada perubahan latar masa 2012, ia seumpama kita tidak letak dua orang yang berbeza.
“Ia memang ‘pergi’ baik mengikut latar masa. Jadi itu yang terbaik yang kami dapat untuk karektor Saadiah sebenarnya,” katanya lagi.
Ditanya sebab mengambil Azriel Ismail untuk melakonkan watak sebagai Alias Nik Daud, Ellie percaya dengan bakat yang ada dengan pelakon berkenaan.
“Bagi saya dia ada aura yang sangat bagus. Dia pernah bekerja dengan saya untuk projek Teater Muzikal Putri Santubong The Warrior Princess sebagai Kijang Mas. Jadi saya tahu sejauh mana dia boleh pergi.
“Sebab kita tahu, lakonan di pentas teater adalah antara latihan lakonan buat seseorang pelakon. Bila dia buat persembahan itu, bagi saya ia bukan satu perkara yang mudah. Dia ada karisma dan energi bersama karektor yang dibawa.
“Saya sedar, kita ada ramai aktor. Tetapi kita juga perlukan satu permulaan yang besar. Watak ini sesuai dengan dia. Pada saya untuknya memainkan watak penting dalam naskhah ini, sangat sajak untuknya.
“Kita sedia ada ramai pelakon lelaki yang sering bawa watak polis, askar dan sebagainya. Tapi kita mahukan figura yang segar untuk watak tersebut,” katanya lagi.
Saadiah: Bekal Untuk Merdeka diinspirasikan daripada kisah balu anggota polis, Saadiah Abdullah yang menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Perak selama 37 tahun sebagai mengenang Allahyarham suaminya, Alias Nik Daud.
Alias meninggal dunia pada 1975 dalam serangan hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai berkenaan.
Filem terbitan Penerbit Pencil Pictures & Records Sdn Bhd itu bakal ditayangkan di pawagam tahun hadapan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengakui masalah pertuturan yang dihadapi anak sulung, Ahmad Fakharuddin Attar akibat daripada pendedahan kepada gajet tanpa kawalan, Wawa Zainal menerusi posting terbaru di Instagram menyatakan rasa ralat akibat daripada tindakannya dahulu.
Namun, jelasnya, dia ada membawa Attar menemui pakar terapi dan bersyukur sudah ada peningkatan dalam pertuturan seharian kanak-kanak berkenaan.
Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin menyarankan ibu bapa yang mempunyai anak-anak sebaya harus mengurangkan penggunaan gajet dan meluangkan lebih masa dengan mereka.
“Mengenai posting smlm.. ramai yg tanya attar ni sbnr nya ada masalah apa. attar ni speech delay. umur da 6 tahun tapi belum lancar sgt lagi becakap.
“tapi Alhamdulillah ada peningkatan semenjak wawa hantar dia pegi OT,speech therapy.. utk yg mengadu anak masi belum bercakap padahal da 2tahun+ ,3 tahun tu cuba kurangkan gajet.
“Sebenarnya attar ni pun lambat sbb suka tgk gadjet dulu. silap kitorng, bila wawa posting psl attar rmi yg DM. rupanya ramai jg ibu2 di luar sana yg alami masalah yg sama.. tak pee.. kita doa & usaha. usaha nya hantar pegi therapy etc.. & byk luangkan masa dgn dia. gud luck mommies,” jelasnya.
Terdahulu, pelakon ini menyatakan kebimbangan akan perkembangan anaknya yang bakal menduduki tahun satu pada tahun hadapan.
“Ramai yg tanya perkembangan attar mcm mana. alhamdulillah ada perubahan.. tahun depan da masuk darjah 1, risau nya haritu kitorang daftar dia darjah 1.. then rupanya sekolah tu kena exam dlu .. so antara lepas ke tak la masok sekolah tu..i & aeril telan ayaq liur jugak la sbb dan dan teacher bagi exam paper pada attar.
“Jenguk soalan dia boleh tahan susah la utk budak 6tahun. dlm hati susah nya soalan ni utk attar. mesti gagal,xsmpi 30minit attar keluar dari bilik exam tu and teacher bagitahu attar lulus and dpt markah 35 out of 40.. kira high score jugak.. alhamdulillah .. lega nya.
“walaupun attar tak lancar sgt becakap tapi dia sejenis cepat tangkap kalau kita ajar.. tapi tu la attar ni sejenis yg kejap2 je belajar lepastu bosan, tapi xpela kita slow2 kayuh ye attar. mama tahu attar budak yg bijak,” tulisnya.