Selain dikenali sebagai seorang pengacara berpengalaman, Che Puan Sarimah Ibrahim juga sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.
Biarpun kini sudah tidak lagi aktif menyanyi, namun rata-rata peminat setianya pasti mengingati bait-baik lagu Kini Kau Tiada yang pernah hit suatu ketika dulu.
Terbaharu, Sarimah, 43, berkongsikan keterujaannya yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan lagunya itu akan dinyanyikan oleh pasangan hos program Gegar Vaganza (GV9), Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.
Menerusi muat naik di laman Instagram miliknya, Sarimah turut berkongsi sedutan video rancangan GV9 minggu lalu menerusi segmen ‘Ada Lagu Ada Lagi’.
“Minggu depan (minggu ini), minggu kedua Gegar Vaganza. Elly dan Nabil, oh my god, tak sabar nak tengok.
“Minggu malar segar mekar membara,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen juga melahirkan perasaan serupa, tidak sabar untuk menyaksikan gandingan Nabil dan Elly membawakan lagu itu mengikut rendisi mereka sendiri.
Malah, tak kurang juga ada netizen yang mencadangkan agar ibu kepada seorang cahaya mata itu menjadi peserta GV untuk musim akan datang.
“Lagu legend, love sangat!
Ads
“My fav song! Yeay.
“Tak sabar nak dengar lagu fav hehe. Harap Nabil tak menjahanamkan lagu tu hihi tapi ada Kak Lina (Elly) mesti happening minggu ini.
“(Sarimah) tahun depan boleh masuk GV.
“Harapnya you datang konsert GV dan buat penampilan istimewa, mesti mantap!” komen beberapa netizen.
Ads
GV9 yang memulakan siaran pada Ahad lalu menampilkan 13 bintang bertarung demi merebut gelaran juara GV9.
Antara penyanyi yang bertanding ialah Jaclyn Victor, Shila Amzah, Dina Nadzir, Tomok, Asheed Def Gab C, Roy Kapilla dan Bob Yusof.
Turut bertanding, Hazrul Nizam, Haida Hasnan, Fuad Rahman, Tom, Pat Candy dan kumpulan VE.
GV9 bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon versatil, Fasha Sandha yang sinonim dengan disiplin serta ketetapan waktu saat bekerja ada memuat naik luahan terhadap sebuah produksi yang didakwa suka-suka hati mengubah ‘calltime’.
Difahamkan, pada awalnya pelakon berkenaan perlu berada di set lokasi pada jam 6.00 pagi dan Fasha sampai sekitar jam 5.50 pagi, set lokasi sunyi sepi.
Lalu, tiba-tiba penolong pengarah ada menghantar mesej, menyatakan waktu ‘calltime’ ditukar.
“Haih, semalam confident, bagi calltime at 6am. 5.50am kita dah sampai, set sunyi sepi je. Lepas tu baru asistant director sms cakap tukar calltime.
“Sebab you dah terlambat so suka-suka hati tukar calltime pagi ni. Ni lah antara punca-punca kumalas la nak shooting balik.
“Lebih baik layan anak dan suami kat rumah, haih. Help i nak balik rumah now,” tulisnya menerusi Insta Stories.
Menerusi status seterusnya, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh ini turut membayangkan tidak semua produksi boleh mematuhi ‘calltime’ awal pagi.
“Bagi calltime at 6am. Nak tak nak kena keluar at 5.15am sampai orang nak Subuh pun tak sempat haih. Pasti u dah terlajak tidur, tukar pula ‘calltime’ pagi ni.
“Sorry to say, tak semua production akan berjaya untuk mematahu ‘calltime’ 6am. Janganlah feeling bagi ‘calltime’ 6am kalau korang sejenis kelaut dalam!
“Patutlah ramai orang suka sebut #janjimelayu,” tulis Fasha panjang lebar.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan status Fasha ditujukan kepada mana-mana pihak.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Terima kasih banyak2 Ustaz @ebitlew sudi datang. Banyak pengisian ilmu yg kami dapat. Hanya Allah saja maha mengetahui apa saja yg berlaku pada kita pasti ada hikmah untuk kita muhasabah diri.
“Betul kata ustaz apa yg berlaku kita perlu mengadu dekat Allah cerita dekat Allah,mohon dengan Allah. Tidak perlu cerita kepada sesiapa yg alami adalah diri kita.
“Kita saja yg tahu apa yg berlaku sebenarnya. Jangan lupa dekat Allah,sebab Allah sentiasa ingat kita,” tulisnya.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-ratanya mendoakan agar Mawar terus kuat dan turut simpati atas apa yang berlaku di dalam kisah hidupnya sebelum ini.
Dua minggu lalu, bahtera perkahwinan di antaranya bersama Fizo ternokhtah apabila pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berpisah secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bangi.
Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Maryam yang setakat ini berada di bawah penjagaan Mawar.
Foto : Instagram Mawar Karim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ruhainies mengambil pendirian untuk tidak mahu terlalu terbuka lagi di dalam memberikan ulasan atau komen berkaitan hal peribadi, lebih-lebih lagi melibatkan soal teman lelaki.
Katanya kepada MH, ia dirasakan pendekatan terbaik untuk kurang bercakap mengenainya, bimbang andai berita yang keluar di media selepas ini akan disalah erti.
Terdahulu, bintang Jejak Karmila ini menjadi perhatian ramai selepas mengumumkan telah menjalin hubungan cinta bersama seorang lelaki jejaka yang dikenali sebagai Mr E, tahun lalu.
Sejak itu, kisah percintaan pelakon berusia 27 tahun ini kerap dikongsikan hingga menyebabkan ramai memberi persepsi bahawa Ruhainies seakan-akan tiada naskhah seni untuk diceritakan.
“Nak kurangkan bercakap fasal hal berkaitan dengan privasi. Bukannya rimas, cuma kalau boleh saya lebih selesa untuk berkongsi perihal kerjaya dengan lebih banyak.
“Kalau boleh saya nak elakkanlah (bercakap isu cinta semata) sebabnya netizen akan bercakap macam-macam. Saya perasan akan hal itu,” katanya jujur.
Ruhainies atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas bagaimanapun lebih gemar untuk tidak terlalu pandang enteng mengenai komen-komen ‘haters’ yang dirasakan melampau.
“Bagi saya kalau komen-komen yang tidak berasas, saya tidaklah layankan sangat. Akan tetapi kalau saya fikirkan balik, kebanyakan berita yang keluar adalah mengenai kisah cinta.
“Jadi apa yang boleh saya buat? Bila pihak media tanya, saya akan cuba untuk jawab sebaiknya.
“Lalu bila keluar berita sedemikian, ada yang ingat kita ni pergi cari wartawan untuk bercakap mengenai teman lelaki.
“Rasanya tak akan ada orang akan berbuat demikian,” kata Ruhainies yang turut bersaing dalam program All Stars Buka Panggung, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, adik kepada Nur Risteena ini baru selesai sebuah telemovie bertajuk Ustaz Rock untuk siaran RTM dan bakal ke set penggambaran untuk sebuah lagi telemovie yang akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi.
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...