
Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pompom semakin gemar berkongsi aktiviti memasak menerusi akaun ‘Youtube Channel’ miliknya.
Baru-baru ini, Kak Lina ada memuat naik satu rakaman video memasak lauk Ikan Siakap Rebus Limau dan berkongsi resepi menu tersebut bersama peminatnya.
Dalam pada itu, Kak Lina turut berkongsi momen perbualan bersama suaminya, Mohamad Azlan Che Noh menerusi rakaman video berdurasi selama 15 minit itu.
“Ramai cakap betul ke Mama dah mengandung? Tapi kalau betul kami akan bagi tahu. Buat masa sekarang ni badan Kak Lina naik ni sebab Kak Lina sangat-sangat bahagia dengan suami, dengan anak dan keluarga.
“InsyaAllah nanti kalau betul Kak Lina dah mengandung jangan risau Kak Lina akan bagi tahu dengan semua orang khabar berita gembira itu, kan Papa kan? Mama tak sabar nak ada baby Papa,” katanya.
Imbas kembali, dengan sekali lafaz Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah sah bergelar isteri kepada Azlan pada 18 Januari lalu.
Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 4 tahun namun pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015.
Video: Youtube Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sunny Suwanmethanont, Tor Thanapob Bakal Datang Malaysia Sempena Konsert dimsum THAI POP 2019 Pertama!

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ketiga platform penstriman dimsum November depan, sebuah konsert yang menampilkan sembilan artis popular dari Thailand, dimsum Thai Pop 2019 akan diadakan buat julung kalinya di Malaysia.
Lebih menarik, ia bakal dimeriahkan dengan kehadiran pelakon Sunny Suwanmethanont, yang popular menerusi filem Brother Of The Year yang ditayangkan sekitar tahun lalu.
Kini, nama bintang kacak itu kembali menjadi sebutan selepas drama terbarunya, My Ambulance meraih tontonan ramai di platform dimsum.
Turut sama mengambil bahagian dalam Thai Pop 2019 ialah kumpulan vokal 9BY9. Mereka dikenali menerusi drama lakonan bersama, In Family We Trust. Empat daripada ahli kumpulan 9BY9 akan menyertai konsert ini.
Mereka terdiri daripada vokalis Tor Thanapob Leeratanakachorn yang membintangi drama yang popular di Asia, Man of Vengeance; rapper Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram; dan juga vokalis Captain Chonlathorn Kongyingyong serta Ice Paris Intarakomalyasut.
Bakal mengambil tempat di IDEAL Convention Centre, Shah Alam, Selangor, pada 10 November 2019 pukul 6 petang, konsert dimsum Thai Pop 2019 turut dijayakan Sky Wongravee Nateetorn, Billkin Putthipong, Thanaerng Kanyawee Songmuang dan Pearwah Nichaphat Chatchaipholrat.
Tiket-tiket berharga RM2,000 (VVIP), RM599 (VIP), RM359 (PSI), RM299 (PS2), RM199 (PS3) boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my.
Pembeli tiket VIP berpeluang menyertai sesi hi-touch, mengambil gambar berkumpulan, sesi pentas belakang dan mendapat poster bertandatangan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bau Takpe Jangan Makan,”- Usia Kandungan Kini Cecah 8 Bulan, Feeya Iskandar Dedah Mengidam Bau Sabun

Penyampai radio, Feeya Iskandar mendedahkan proses kehamilan anak ketiganya ini disifatkan sebagai yang paling mudah kerana dia tidak mengalami sebarang alahan yang bukan-bukan setakat ini.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Instagram, Feeya memberi tahu, satu perkara pelik yang terjadi kepada dirinya ketika ini adalah dia amat suka menghidu bau sabun.
“Paling tak banyak songeh pregnant nombor tiga ni. Takde alahan takde mengidam.
“Yang ada ni lah, suka bau sabun. Baik sabun mandi. Sabun basuh pinggan. Sting aku yahooo,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis terhibur melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan agar proses hamil dan melahirkan nanti akan dipermudahkan.
Malah, mereka turut mengusik dengan menyatakan ibu kepada dua orang anak itu bakal dikurniakn cahaya mata perempuan.
Terdahulu, Untuk Feeya telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati Nurashid Abd Wahab pada 6 Mei 2015.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique, 5 tahun dan Nuh Aryan yang kini bakal memasuki usia 3 tahun.
Sumber: Instagram Feeya Iskandar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Tolak Atau Pesan Pada Orang ‘Jangan Panggil Hajah’, Itu Tak Baik,” – Hajah Erra Fazira

Erra Fazira yang lebih seminggu pulang ke tanah air bagi menyempurnakan ibadah haji buat kali pertama berkongsi pengalamannya saat berada di tanah suci.
Menyambut baik kepulangan dengan mendoakan agar apa yang dilakukan itu mendapat keredaan serta rahmatNya, hos Mingguan Wanita ini turut merakam rasa syukur kerana sepanjang ibadah, tiada sebarang situasi sulit yang melanda dirinya.
“Pengalaman yang paling indah, memang impian yang sudah terpendam lama. Jadi bila sepanjang berada di tanah suci tu, ia memang sesuatu yang menyentuh hati.
“Saya sudah lakukan yang terbaik, harapnya Dia menerima ibadah kita dan moga mendapat haji yang mabrur, insyaAllah.
“Sepanjang berada di sana, saya tidaklah mengalami apa-apa pengalaman yang pelik. Cuma bagi saya, rasanya Allah SWT permudahkan urusan tiada alami sakit dan sebagainya.
“Sebelum sampai tu, kita dikhabarkan dengan cuaca tempatan yang panas hingga mencecah 50 darjah celcious.
“Jadi saya sediakan belakan ubat, kipas dan sebagainya. Alhamdulillah, di Arafah ketika itu yang tidak pernah hujan selama 19 tahun, akhirnya hujan dan cuacanya pun baik. Kami ambil ia sebagai hujan rahmat.
“Semuanya baik dan lancar…Syukur,” katanya yang turut menghubungi anak tunggal, Engku Aleesya andai terbit rasa rindu.
Ditanya mengenai ‘panggilan’ baru bagi dirinya yang kini bergelar hajah, Erra mempunyai jawapan sendiri. Katanya dia tidak menolak selepas dinasihatkan seorang Ustaz.
“Pada awalnya sudah tentu rasa janggal apabila ada yang panggil sedemikian. Akan tetapi saya ada menerima nasihat daripada seorang ustaz yang menjaga kami di tanah suci.
Katanya jangan tolak atau pesan pada orang untuk ‘jangan panggil saya hajah, itu sesuatu yang tidak baik’.
“Jadi saya ‘telan’, bila orang kita hajah kita terima, alhamdulillah,” jelas Erra yang turut memohon doa agar dipermudahan urusan dunia dan akhirat.
Terdahulu, Erra ditemui pada majlis MALAYSIA’S MAKEUP ARTIST AWARDS 2019 di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.
View this post on InstagramA post shared by MAKEUP ARTIST AWARDS (@malaysiamakeupartist) on
View this post on InstagramA post shared by MAKEUP ARTIST AWARDS (@malaysiamakeupartist) on
Bintang cantik tersebut diundang sebagai antara 10 barisan juri yang ditugaskan untuk mencari juru solek muda terbaik dalam kalangan 40 finalis bertanding.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI