Personaliti media sosial, Ryan Bakery yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung pada tanggal 30 Disember lalu enggan terlalu memikirkan tanggapan segelintir pihak tentang pembikin konten yang dikatakan tidak menjaga privasi keluarga.

Menurut Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, konten-konten mengenai ragam keluarga dan masyarakat sememangnya sudah sinonim buat dirinya lantas, dia tidak melihat hal tersebut sebagai satu kesalahan.

Tak Sabar Nak Buat Video Dengan Anak, Ryan Bakery Nafi ‘Jual’ Keluarga Demi Konten

“Saya memang ada dengar bila orang bangkitkan isu mengenai pempengaruh yang dikatakan menjual keluarga. Namun, saya tidak memandang ke arah itu.

“Saya bukan mempergunakan mereka tapi saya memang suka membuat konten berkaitan keluarga dan ragam masyarakat.

“Bila saya buat konten sebegitu, apa salahnya kalau saya bawa keluarga saya sekali.

“Ada juga yang melabelkan hal ini sebagai memperdagangkan keluarga tapi saya bukan sebegitu,” katanya kepada MH.

Ads

Dalam pada itu, Ryan yang kini memiliki jumlah pengikut seramai 4.1 juta di aplikasi Tik Tok mendedahkan dirinya juga sudah mempunyai perancangan untuk mencipta akaun media sosial buat anaknya itu.

Tak Sabar Nak Buat Video Dengan Anak, Ryan Bakery Nafi ‘Jual’ Keluarga Demi Konten

“Saya tengok ramai yang buat sebegitu. Mungkin saya akan buat juga. Seronok bila tengok telatah-telatah anak orang lain di media sosial. Ada juga yang petah bercakap

“Perkara-perkara ini yang membuatkan saya dan isteri bertambah teruja untuk menimang cahaya mata. Seronok bila ada anak yang boleh jadi ‘geng’. Bila buat konten sekali mesti best.

Ads

“Jika anak saya nanti diberikan kelebihan petah bercakap, apa salahnya kita buat konten sekali. Mungkin konten-konten saya selepas ini berbeza contohnya berkisarkan tentang keluarga,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Ryan akui bersyukur kerana di kelilingi orang-orang baik yang banyak berkongsi tips dan pengalaman bergelar bapa.

Tak Sabar Nak Buat Video Dengan Anak, Ryan Bakery Nafi ‘Jual’ Keluarga Demi Konten

“Saya tak merujuk kepada sesiapa lagi tapi sudah ramai yang berkongsi. Itu yang seronok. Malah, penonton-penonton video saya pun ada berkongsi tips di media sosial atau bila jumpa bersemuka.

Ads

“Daripada keluarga sendiri pun ada juga terutamanya bapa dan abang saudara. Sedikit sebanyak bertambah juga ilmu saya.

“Ayah pun selalu nasihatkan saya untuk sentiasa kuat semangat dan kekal tenang bila sudah bergelar bapa,” akhirinya.

Terdahulu, isteri kepada Ryan, Elyia Ibrahim telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah hospital swasta di Shah Alam Selangor dan telah diberi nama Ryan Ezra.

Tak Sabar Nak Buat Video Dengan Anak, Ryan Bakery Nafi ‘Jual’ Keluarga Demi Konten

Sekadar informasi, Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI