Nampaknya, pelakon Nina Iskandar sudah merindui untuk kembali berlakon.
Mana tidaknya, Nina yang kini sedang hamil selain menjalankan perniagaan produk jamu, meluahkan rasa rindu untuk kembali ke set pengambaran bersama rakan-rakan.
“Tak sabar nak shoot balik! I need to get my life back on track ASAP.
“Rindu nak ada job back to back where I had no time for anything at all.
“Give me 4 months I akan kembali meletop kebaboom!!,” tulis pelakon Rumah Siti Khadijah itu.
Difahamkan, kandungannya juga sudah di peringkat ketiga (third trimester) dan memerlukan banyak rehat bagi menjaga diri dan bayi dalam perut.
Nina memulakan kerjaya lakonannya sejak 2011, sebelum berhijrah ke Malaysia bagi mengembangkan bakat lakonan.
Sebelum itu, dia terlebih dulu mencipta nama sebagai pelakon di Brunei menerusi drama Erna Suraya.
Nina atau nama penuhnya, Nur Akmalina Iskandar itu mulai mencipta nama di negara ini menerusi filem Muka Surat Cinta arahan Pierre Andre.
Sejak itu, dia rancak terlibat dalam beberapa drama dan telefilem tempatan.
Foto : Instagram Nina Iskandar