Pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri meluahkan rasa rindunya terhadap bayi,Ainul Mardhiah yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya pada Jun lalu.
Kongsi Amalina, dia memuji kekuatan dan semangat Ainul serta kedua ibu bapanya yang berhadapan dengan cabaran sedemikian.
“Saya akan merindui awak, Ainul. Ia pasti menjadi satu perjalanan yang penuh emosi. Awak sangat kuat Ainul.
“Ainul dan ibu bapanya mengalami banyak halangan dan cabaran, tetapi mereka tidak pernah berputus asa.
“Alhamdulillah Ainul kini berada dalam keadaan baik.
“Saya tidak sabar untuk melihat awak bermain-main di taman permainan seperti kanak-kanak lain!
“Terima kasih masyrakat yang telah menyumbang dalam misi yang hebat ini.
“Selamat pulang ke Malaysia. Diharap Ainul dan ibu bapa dapat datang ke London sekali lagi.
“Kami semua sayangkan awak! 🥰
“P / S: Gambar ini adalah persetujuan daripada ibu bapa Ainul,” tulis Amalina.
Menerusi gamabr tersebut, dilihat Amalina sedang mengendong bayi berusia sembilan bulan itu selepas selesai menjalani pembedahan tersebut.
Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai.
Terdahulu, Amalina dan sekumpulan pakar bedah dan bius, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaw berjaya menjalani pembedahan ketumbuhan pada mulut Ainul yang menghidap Germ Cell Tumour.
Malah, proses pembedahan tersebut memakan masa selama lima jam bagi membuang ketumbuhan seberat 200 gram
Foto:IG Amalina