Bagi penonton setia drama bersiri Kampung People, ini merupakan satu berita gembira untuk anda.
Menerusi laman Instagram milik pelakon Elly Mazlein memaklumkan drama bersiri Kampung People musim kedua bakal menemui penonton di kaca televisyen pada 17 September depan.
A K A N D A T A N G Kampung People 2 “Absolutely Correction”,
“Mulai 17 September, jam 9 mlm ,Rabu hingga Jumaat, di Tv3,” tulisnya.
Lalu, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan tidak sabat untuk menonton drama bersiri tersebut.
Kampung People musim kedua dibintangi oleh pelakon Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Hun Haqeem, Adibah Noor, Nam Ron dan ramai lagi.
Drama ini bakal bersiaran setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di slot Lestary, TV3.
Foto: Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Cari Perhatian Atau Cari Pasal,” – Hukuman Setimpal Biar Tak Jadi Trend; Fizo Omar & Azza Elite Selar Lelaki Hina Allah, Nabi Muhammad & Islam
Sejak awal pagi tadi, tular di media sosial sepotong video yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang didakwa menghina agama Islam dengan melabelkan Nabi Muhammad, Allah dan Islam dengan perkataan kesat.
Tindakan individu terbabit nyata mengundang rasa amarah di hati seluruh rakyat Malaysia.
Antara yang turut tidak ketinggalan memberikan reaksi terhadap isu ini termasuklah pelakon, Fizo Omar.
Menurut Fizo, dia menyifatkan tindakan individu ini sebagai keterlaluan dan perlu dikenakan hukuman yang setimpal agar perkara seperti ini tidak berulang lagi selepas ini.
“Saya rasa lelaki ini perlukan terapi mental. Orang mcm ni patut ‘diajar’. Melampau sangat. Pertama sekali, saya tertanya-tanya atas sebab apa dia nak memuat naik video macam tu. Nak cari perhatian atau cari pasal.
“Rasa geram lain macam tu bila dengar apa dia cakap pasal agama kita. Bangsa sendiri plak tu.
“Saya rasa pihak berkuasa patut ambil tindakan segera yang setimpal buat individu ini supaya lepas ni tiada dah orang kurang cerdik nak buat macam ni lagi,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Romeo Kota itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Sementara itu, pelakon dan penyanyi, Azza Elite berharap agar individu ini diberikan hidayah dan sedar akan perbuatan terkutuknya itu.
Katanya lagi, dia juga berasa bersalah seandainya membiarkan perkara menghina agama ini terus berterusan dan menjadi trend di dalam masyarakat kita.
“Semoga bertemu hidayah Allah Mati x kira muda tua tuan. Rasa bersalah dgn Allah dan Rasulullah SAW kalau membiarkan terus Tuhan ku dan Rasulullah SAW serta Islam agama ku di hina. AllahuAkbar
“Semua nabi terdahulu, Allah SWT berikan doa yang mustajab buat mereka. Bagaimanapun, doa itu sudah digunakan melainkan Rasulullah SAW.
“Baginda simpan doa khasnya itu untuk memberi syafaat kepada umatnya pada hari kiamat. Takbir,” ujarnya di Instagram.
Terdahulu, memetik laporan Kosmo Online, individu terbabit telah ditahan polis sebentar tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, suspek yang berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
“Suspek ditangkap di sebuah rumah di Batu 8, Bukit Kuchai, Puchong oleh pasukan dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman,” katanya seperti yang dipetik.
Jelasnya lagi, kes disiasat dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizo Omar, Azza Elite & Kosmo Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kongsi Gambar Selfie, Sekali Lagi Kakak Aliff Syukri Disamakan Dengan Scha Alyahya. Memang Ada Iras!
Selain nama Datuk Seri Aliff Syukri dan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim, kakaknya yang juga merupakan seorang usahawan dan pengarah kreatif, Yatie turut menjadi perhatian netizen.
Selain sering memuat naik foto beserta kapsyen yang memberi inspirasi, ada juga yang memuji kecantikan semula jadi kakak kepada penyanyi Abang Nak Tegur itu.
Malah untuk kesekian kalinya, Yatie sering disamakan dengan bintang cantik, Scha Alyahya. Misalnya menerusi posting pada 10 Januari lalu, Yatie yang sedia mengenaian hijab ada memuat naik foto selfienya dengan beberapa gaya tutorial hijab.
“Uols prefer yg depan ke blkg? Macam mana pun style tudung slide blkg tu lah yg paling selesa utk Kak Yatie.
“Sesuci pagi pulak bila pakai Pure Series @the_hijab.co yg baru ni #ferasan,” tulisnya.
Lalu kebanyakan komen yang diberikan netizen seperti mirip wajah Scha Alyahya dalam versi hijab!
Apapun, sekali pandang memang ada nampak irasnya kan? What say you?
Foto: Instagram Yatie Sendayu Tinggi/Scha Alyahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dua Individu Akhirnya Bersemuka Dengan Rita Rudaini, Masih Pertimbang Saman Malu
Aktres Rita Rudaini akhirnya bersemuka dengan dua individu yang meninggalkan komen menerusi media sosial aktres tersebut yang berniat jahat mempersoal taraf anak-anaknya.
Sekali gus, ia memberi kesan buruk terhadap kedua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, menerusi salah satu foto yang dimuat naik.
Dua lelaki yang dimaksudkan, tampil memohon maaf secara terbuka sekali gus mengakui tindakan mereka memfitnah status kedua anak lelaki pelakon, Rita Rudaini di Instagram dan Facebook.
Dua individu berkenaan ialah Ahmad Najib Mat Arif, 38, yang juga pengguna akaun Instagram @ahmadsan81 dan Hafiidz Ahmad Mustaffa, 39, pengguna akaun Facebook.
“Apabila komen tersebut diperkatakan, ia tidak berhenti di situ saja hingga jadi tular.
“Malah anak-anak turut ditanya mengenai hal sama. Jadi bila hal itu berlaku, rasanya saya patut ambil tindakan sewajarnya atas nasihat peguam,” jelas Rita kepada MH.
Pelakon tersebut pada masa sama turut menjelaskan, keduanya sudah mengakui kesilapan atas apa yang ditulis mereka menerusi media sosial miliknya.
“Melalui percakapan yang direkod, keduanya mengakui kesilapan berdasarkan komen yang ditulis di akaun IG dan Facebook saya.
“Saya berharap pernohonan maaf mereka ikhlas dan tidak akan buat lagi. Biar perkara ini menjadi pengajaran kepada semua,” katanya lagi.
Peguam yang dilantik Rita, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Naya, pula menegaskan pihaknya masih mempertimbangkan untuk membuat saman malu.
“Memandangkan perkara ini sudah menular di semua platform media sosial dan berangkai, anak guam saya akan mempertimbangkan untuk saman malu.
“Perkara ini juga memberi kesan kepada dua anak Rita apabila mereka turut ditanya di sekolah mengenai status mereka dan isu ini.
“Sekali gus, ia mencalar imej, maruah diri dan kredibiliti Rita. Apa pun, pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Terdahulu, laporan polis berhubung perkara tersebut telah dibuat bintang Mami Jarum itu dengan diwakili peguam pada 21 Oktober lalu di Balai Polis Kota Damansara jam 2.30 petang.
Untuk rekod, Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.
Ikuti temu bual penuhnya;
#MHLive Akhirnya individu yang memberi komen mempersoal taraf anak-anak pelakon, Rita Rudaini tampil membuat permohonan maaf
Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, October 30, 2019
#MHLive Seorang lagi individu yang memberi komen berniat jahat anak-anak pelakon, Rita Rudaini tampil membuat permohonan maaf
Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, October 30, 2019
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI