“Tak Salah Bagi Babi Makan Sebab…,” – Yasin Sulaiman Ditempelak Sebab Kasi Anjing Makan, Artis Lain Bagi Pendapat

Share

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman tampil memberikan pendapatnya mengenai isu yang melanda dirinya berikutan niat baik memberikan makanan kepada anjing dipandang serong sesetengah netizen.

Menerusi entri di laman Instagramnya, Yasin mengatakan bahawa apa yang dilakukannya itu tidak salah kerana haiwan tersebut juga adalah makhluk tuhan.

“Netizen boleh cakap apa sahaja tapi yang penting, tak salah bagi babi makan sebab babi pun nak hidup #jenaka,” tulisnya.

Di ruangan komen kelihatan rakan-rakan artis turut memberikan sokongan kepada penyanyi lagi Mimpi Laila itu.

“Lets the fools say what they want to say. U did something we all should duplicate as humanity ain’t just worse but actions,” tulis Norish Karman.

Turut bersetuju adalah pelakon Atikah Suhaimi.

“Banyak juga haiwancist kesian anjing tak bersalah. Untung jadi kucing kat negara ni dapat privilledge, bumiputra semua,” komennya.

Sementara bagi pelakon Nabila Huda pula, dia kesal apabila perkara sebegini diperbesarkan netizen.

“Bagi makan anjing pun jadi isu! Jahat sangat ke anjing? Dorang tak bersalah kot untuk dibenci…kita cuma tak boleh sentuh tapi bukan untuk dibenci..kalau terpaksa sentuh atau tersentuh atau terkena air liur samak jelah!

“Apa yang susah sangat? Apa yang kecoh bila ambil gambar dengan anjing, pegang anjing jadi isu, bodoh gila,” luahnya kesal.

Dalam pada itu, pengacara, Amin Idris pula merasakan ada netizen yang memandang perkara ini dari sudut negatif adalah kerana dangkalnya ilmu.

“Kesempitan fiqh dan kedangkalan ilmu menyebabkan ummah sendiri berada dalam kejahilan. Ada hadis dalam sahih Muslim sebut tentang memberi makan anjing.

“Malah tak salah pun kalau nak bagi makan kepada babi. Yang agama larang makan babi,” tulisnya pula.

Sebelum ini, foto Yasin memberi makan kepada dua ekor anjing ketika mendaki Bukit Tabur mendapat perhatian netizen. Ada yang memuji sikap Yasin itu namun ramai juga yang mengecamnya.

Foto/Instagram: Yasin Sulaiman

Published by
Khaleeda Rashikin