Penyampai radio, Dj Lin mendedahkan tahap kesihatannya kini telah pun bernasur pulih meski pun dia terpaksa memendekkan tempoh rawatan kerana urusan kerja.
Bagaimanapun, Dj Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid menjelas dia tetap harus menjaga disiplin terutamanya bila melibatkan soal pemakanan dan waktu rehat
“Alhamdulillah, saya sebenarnya pun baru je keluar dari hospital tiga minggu yang lepas. Sebenarnya doktor nak tahan lebih lama.
“Tapi saya kata tak boleh sebab ada beberapa perkara penting di stesen radio yang harus saya uruskan.
“Namun, saya tetap kena disiplinkan diri dari segi pemakanan, waktu rehat dan tidur yang mencukupi,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Dj Lin turut menitipkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang tidak henti-henti medoakan kesihatannya.
“Saya berterima kasih kepada para peminat yang banyak mendoakan saya lebih-lebih ketika saya dimasukkan ke icu. Ramai yang anjurkan solat hajat dan beri kata-kata semangat untuk saya.
“Bagi saya ini semua satu rahmat dan anugerah buat diri saya. Tanpa peminat saya bukan siapa-siapa. Saya sihat sekrang ni pun sebab doa-doa dari peminat.
“Hanya Allah yang dapat balas budi baik kalian,” katanya lagi.
Ditanya mengenai soal rawatan alternatif, ini reaksi yang diberikan oleh penyampai segmen Suria Cinta itu;
“Pasal penyakit saya ni, saya sendiri tak tahu macam mana nak jelaskan. Doktor sendiri tak boleh kenal pasti.
“Macam-macam ujian dah dibuat sampai saya dimasukkan ke icu selama sembilan hari. Tiada sebab-sebab yang kukuh saya diserang penyakit ini.
“Saya rasa, pada masa yang sama tak salah untuk saya ikhtiar cara alternatif. Alhamdulillah dengan kombinasi kedua-dua rawatan ini, inilah keadaan saya sekarang.
“Rawatan alternatif tu bukalah tradisional sangat. Saya pun tiada masa nak cari bomoh-bomoh semua ni. Saya hanya berjumpa dengan ustaz,” akhirinya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI