Tiket Konsert 15 Tahun Bunkface ‘Licin’, Tak Sampai 24 Jam

Share

Kumpulan punk rock popular, Bunkface tidak menyangka tiket Bunkface: 15 Years of Korang laris terjual tidak sampai 24 jam tempoh jualan tiket dibuka pada pagi Selasa.

Menerusi perkongsian di laman Instagram rasmi kumpulan itu, keempat-empat ahli Bunkface iaitu Sam, Paan, Youk termasuk drummer asal mereka iaitu Biak berterima kasih di atas sokongan yang diberikan peminat setia mereka.

“Alhamdulillah! Tak sangka konsert kita akan sold out secepat ini. Korang memang terbaik!

“Terima kasih bunkers! Tak sabar jumpa korang!” tulis Bunkface.

Bunkface bakal menjayakan konsert Bunkface: 15 Years of Korang di Zepp, Kuala Lumpur pada 30 Julai ini.

Mengikut perancangan awal, Bunkface sepatutnya menjayakan persembahan berkenaan pada tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2006 ini cukup popular dengan lagu-lagu hits seperti Situasi, Revolusi, Silly Lily dan Darah Muda.

“Alhamdulillah, hajat kami yang tertangguh semenjak dari tahun 2021 akhirnya akan dilangsungkan pada 30 Julai 2022 di @zeppkualalumpur. InsyaAllah.

“So come and join us to celebrate our 15th year as a band and witness an exclusive one night only live musical experience with Bunkface!” tulis Bunkface.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Bunkface

Published by
Juliana Johar