Ads
Home Berita Tak Sampai Hati Nak Tolak, Ibu Neelofa Tunai Permintaan Ibu Hamil Mengidam...

Tak Sampai Hati Nak Tolak, Ibu Neelofa Tunai Permintaan Ibu Hamil Mengidam Nasi Goreng Daging Harimau Menangis

Ads

Ibu kepada selebriti popular, Noor Neelofa, iaitu Datin Noor Kartini mendedahkan dirinya ada menerima satu kiriman email daripada seorang ibu hamil yang mengidam untuk merasa masakan menu popularnya, Nasi Goreng Daging Harimau Menangis.

Enggan menghampakan permintaan ibu hamil yang dikenali sebagai Aina itu, Noor Kartini kemudiannya memutuskan untuk menyediakan menu tersebut lalu dihantar sendiri terus ke rumah wanita berkenaan.

“Harini aunty sangat tersentuh hati mendapat kiriman email daripada follower aunty yang mengidam nak makan nasi goreng daging harimau menangis air tangan aunty.

“Tak sampai hati rasanya nak menghampakan hasrat seorang ibu yang sedang mengandung. Syukur alhamdulillah aunty dapat masak dan hantar sendiri kepada Aina,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh oleh Noor Kartini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Ads

Tak Sampai Hati Nak Tolak, Ibu Neelofa Tunai Permintaan Ibu Hamil Mengidam Nasi Goreng Daging Harimau Menangis

Tak Sampai Hati Nak Tolak, Ibu Neelofa Tunai Permintaan Ibu Hamil Mengidam Nasi Goreng Daging Harimau MenangisKatanya lagi, dia juga sebenarnya berasa amat gembira kerana dapat menunaikan permintaan ibu hamil tersebut.

Malah, Noor Kartini juga turut berharap agar usaha ini dapat menjadi pemulaan yang baik buat perhubungannya mereka.

“Semoga ianya dapat menjadi satu permulaan silaturrahim di antara aunty dan juga keluarga Aina. Syukur Alhamdulillah,” ujarnya lagi.

Ads

Tak Sampai Hati Nak Tolak, Ibu Neelofa Tunai Permintaan Ibu Hamil Mengidam Nasi Goreng Daging Harimau Menangis

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan tersebut selain turut mendoakan agar Noor Kartini akan sentiasa dimurahkan rezeki.

“Kasihnya seorang ibu. SubhanAllah.

Ads

“Semoga dimurahkan lagi rezeki buat aunty sekeluarga.

“Alhamdulillah, itulah kelebihan naluri seorang ibu. Di tahu kalau ibu mengandung pasti ada sahaja yang teringin makan itu dan ini. Terbaiklah,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Tak Sampai Hati Nak Tolak, Ibu Neelofa Tunai Permintaan Ibu Hamil Mengidam Nasi Goreng Daging Harimau Menangis

Setakat ini, video berdurasi hampir empat minit itu telah pun meraih lebih 200,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.

Sumber: Instagram Noor Kartini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI