
Setelah keguguran pada usia enam minggu kehamilan Julai lalu, pelakon Fasha Sandha akhir-akhir ini kerap kali dikaitkan seperti sedang hamil kembali gara-gara saiz perut yang semakin membesar.
Teka teki akhirnya terjawab apabila ibu Fasha, Hatijah Teh Man menerusi laman Instagram mengesahkan perkara tersebut menerusi ruangan komen.
Sekeping foto keluarga di mana aktres hebat ini berpakaian blaus merah jambu menguatkan lagi andaian.
“Comelnya Fasha Sandha. Sama macam perut saya dah 5 bulan. Kalau kandungan fasha 5 bulan maknanya sama la baby kami,” komen individu tersebut.
Jawapan wanita ini sekaligus mengesahkan berita kehamilan tersebut.
“Tak sampailah 5 bulan dik ooo,” balas ibunya.
Kalaulah betul bagai apa dikata si ibu, tahniah buat Fasha dan Aidil.
Foto : Instagram Mama Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Walau Apa Cabaran Menimpa, Teruskan Istiqomah,”- Ini Doa Imam Yana Samsuddin, Mahu Isteri Kekal Berhijab

Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin amat sinonim sebagai seorang Muslimah yang cantik dan senyuman manis beserta lesung pipitnya itu.
Lantas, suaminya, Fadzil Zahari turut mendoakan agar isterinya itu mengekalkan imej sedemikian (berhijab).
“Ya Allah Ya Tuhanku teruskan istiqomah dalam diri kami…
“Teruskan istiqomah dalam diri isteriku agar kekal berhijab walau apa cabaran menimpa, walau aku masih ada atau sudah tiada di dunia ini… amin,” tulis Fadzil.
Foto tersebut melihatkan Yana sekeluarga berswafoto di di sebuah restoran.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen turut sama mendoakan agar penghijrahan pengacara CJ Wow Shop itu kekal selamanya.
Untuk rekod, Yana mula menyarungkan hijab pada Mei 2015.
Foto : Instagram Fadzil Zahari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Keputusan Ini Dibuat Berdasarkan…,” – Jamal Abdillah Tarik Diri Ke AJL38, Afieq Shazwan Diumum Pengganti Duet Sama Wany Hasrita

Susulan status penyanyi senior, Datuk Jamal Abdillah untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) menjadi tanda tanya, ahkhirnya pihak syarikat rakaman, FMC Music tampil memberikan kenyataan.
Menurut Pengarah Urusan FMC Music, C.F Ho, Jamal memutuskan untuk menarik diri daripada membuat persembahan menerusi lagu Ku Cuma, duet bersama penyanyi Wany Hasrita di anugerah nyanyian tahunan itu.
Katanya, pihak FMC Music tidak mempunyai kuasa untuk menghalang keputusan yang dilakukan penyanyi senior berkenaan dan ia telah dipersetujui semua pihak.
“Dengan ini, kami FMC Music syarikat yang menerbitkan lagu Ku Cuma mengesahkan bahawa Datuk Jamal telah menarik diri dari menyertai AJL38 untuk tahun ini.
“Pihak kami tidak dapat berbuat apa apa jika keputusan itu telah dibuat sendiri oleh Datuk Jamal dan dipersetujui oleh pihak penerbitan.
“Sebelum itu, Datuk Jamal sendiri ada memberitahu saya untuk menarik diri, namun, saya mencadangkan agar Datuk Jamal memaklumkan sendiri pada pihak penerbitan AJL kerana perkara ini terletak di luar bidang kuasa kami selaku syarikat yang menerbitkan lagu,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Isnin.
Sehubungan itu, pihak FMC Music turut memaklumkan posisi tersebut akan digantikan penyanyi muda, Afieq Shazwan.
“Setelah berbincang dengan pencipta lagu Ku Cuma iaitu Ezra Kong, FMC Music bersetuju untuk menamakan penyanyi Afieq Shazwan sebagai pengganti untuk berduet bersama Wany Hasrita.
“Keputusan pemilihan ini dibuat berdasarkan kredibiliti dan kemampuan Afieq. Kami yakin Afieq mampu memberikan persembahan dan kerjasama yang baik dengan Wany Hasrita,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Muzik Video Danial Kifli Trending 25,000 Views Sehari & Andyoso Pula Rakam Lagu Di Indonesia, Dua Bintang Muda Optimis Dalam Nyayian!

Dua penyanyi muda yang berada di bawah pengurusan Awal Muzik Entertainment, Danial Kifli dan Andyoso tampil dengan buah tangan baharu buat peminat, sekaligus mengharapkan respon baik di kalangan pencinta muzik tanah air.
Danial yang terkenal menerusi lagu Pergilah Cinta selepas berjaya meraih lebih 11 juta tontonan di YouTube tampil memperkenalkan single baharu berjudul Musnah manakala Andyoso pula mencabar diri membawakan lagu bergenre balada bertajuk Pendamping Hidupku.
Danial berkata, single Musnah menjadi hadiah istimewa buat peminat setia yang sentiasa ternanti-nantikan kesinambungan lagu Pergilah Cinta yang berjaya mencetuskan fenomena sebelum ini.
“Musnah adalah hasil usaha dan kerjasama saya bersama tiga lagi rakan iaitu Amir Hariz, Knight Cydeen dan Hawa Zulaikha.
“Jujurnya saya takut untuk melancarkan single ini kerana Pergilah Cinta berada pada satu tahap yang tinggi dan penerimaannya sangat luar biasa, jadi saya agak gementar untuk melihat maklum balas pendengar untuk single Musnah.
“Tapi Alhamdulillah sebaik muzik video Musnah dilancarkan di YouTube pada 21 Jun lalu, lagu ini terus trending dan kini berada di tangga ke-15.
“Malah jumlah tontonan untuk single ini juga mencatatkan peningkatan yang ketara. Kalau sebelum ini menerusi single Pergilah Cinta jumlah tontonan sekitar 15,000 sehari, tapi Musnah mencecah 25,000 tontonan sehari.
“Saya harap Musnah akan diterima baik sekali gus mencatat satu lagi sejarah baharu untuk portfolio kerjaya saya sebagai pendatang baharu dalam bidang ini,” katanya.
Katanya lagi, kelainan yang di bawa dalam muzik video Musnah adalah susunan muzik yang lebih moden dan mesra untuk didengari semua lapisan masyarakat.
“Selain itu saya juga cuba memantapkan vokal supaya kehadiran saya terus diterima baik. Saya tidak mahu dilabel sebagai penyanyi syok sendiri atau hanya bersandarkan rupa tapi saya nak dikenali sebagai penyanyi yang mempunyai pakej lengkap,” katanya.
Danial pada masa sama turut memasang impian semoga lagu dendangannya itu mampu menembusi pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL), yang menjadi impian setiap penyanyi.
Sementara itu, Andyoso atau nama sebenarnya Andika Zulkefli, 20, pula teruja apabila single keduanya berjudul Pandamping Hidupku memberi peluang baharu kepada dirinya untuk meneroka genre muzik balada.
Andyoso menjelaskan, single tersebut adalah hasil ciptaannya bersama komposer dan penulis lirik daripada Indonesia iaitu Shoga Tan dan Ujang K.
“Proses rakaman lagu ini dibuat di Indonesia selama empat hari. Pendamping Hidupku berkisarkan seorang lelaki yang merayu kepada Tuhan untuk memiliki wanita yang dicintainya.
“Jika sebelum ini saya mempertaruhkan single bergenre pop menerusi lagu Setiaku 100 Peratus, tapi kali ini agak berbeza dan saya teruja untuk membawakannya.
“Walaupun genre balada masih agak baharu untuk saya, tapi saya tidak duduk diam saja sebaliknya saya mengambil kelas vokal untuk memastikan lagu ini disampaikan dengan sempurna.
“Alhamdulillah penerimaan setakat ini positif dan muzik video lagu ini meraih lebih 140,000 tontonan di YouTube dalam tempoh sebulan dilancarkan,”katanya.
Tambahnya lagi, sebagai pendatang baharu dia mengaku mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.
“Saya orangnya agak pemalu tapi selepas mengambil keputusan terjun dalam bidang ni saya cuba mengubah personality saya.
“Saya juga nak buktikan tanggapan netizen yang mendakwa saya hanya bersandarkan rupa wajah saja adalah salah. Setiap hari saya berlatih dan memasuki kelas vokal,” katanya yang masih menuntut di Universiti Teknologi Mara, Rembau, Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Awal Muzik Entertainment, Saidin Nordin meluahkan rasa syukur apabila syarikat rakaman yang ditubuhkan pada 2019 kini semakin diterima baik oleh pelbagai pihak.
“Alhamdulillah jika dulu kami kurang menerima perhatian, tapi sekarang Awal Muzik Entertainment antara syarikat rakaman yang mula meraih perhatian.
“Malah keluarga Awal Muzik Entertainment juga sudah bertambah besar dengan lebih 10 artis baharu di bawah syarikat rakaman ini.
“Saya harap dengan pelancaran single Danial dan Andyoso ini, peminat muzik akan terus mengikuti perkembangan Awal Muzik Entertainment kerana kami begitu optimis memberi peluang kepada anak muda untuk berjaya dalam bidang yang mereka gemari ini,”katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI