Categories: Berita

“Tak Sampailah Lima Bulan,” – Ibu Sahkan Fasha Sandha Hamil Lagi

Share

Setelah keguguran pada usia enam minggu kehamilan Julai lalu, pelakon Fasha Sandha akhir-akhir ini kerap kali dikaitkan seperti sedang hamil kembali gara-gara saiz perut yang semakin membesar.

Teka teki akhirnya terjawab apabila ibu Fasha, Hatijah Teh Man menerusi laman Instagram mengesahkan perkara tersebut menerusi ruangan komen.

Sekeping foto keluarga di mana aktres hebat ini berpakaian blaus merah jambu menguatkan lagi andaian.

Comelnya Fasha Sandha. Sama macam perut saya dah 5 bulan. Kalau kandungan fasha 5 bulan maknanya sama la baby kami,” komen individu tersebut.

Jawapan wanita ini sekaligus mengesahkan berita kehamilan tersebut.

“Tak sampailah 5 bulan dik ooo

,” balas ibunya.

Kalaulah betul bagai apa dikata si ibu, tahniah buat Fasha dan Aidil.

Foto : Instagram Mama Sandha

Published by
Noraini Abd Wahab