“Tak Sanggup Nak Tengok,”- Bunga Citra Lestari Dalam Sebak Menyanyi, Netizen Luah Rasa Simpati

Share

Kehilangan insan yang tersayang bukan satu perkara yang mudah dan itulah yang dilalui oleh penyanyi Bunga Citra Lestari yang kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair.

Bagaimanapun, atas tuntutan kerja Bunga tetap menyanyi di sebuah persembahan yang turut menampilkan penyanyi antarabangsa Ronan Keating, pada Sabtu di Pullman Central Park, Jakarta Barat.

Lalu, rakaman video persembahan Bunga telah tular dan menjadi perhatian netizen di laman media sosial.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut berasa simpati dan sedih apabila melihat Bunga yang sebak ketika membuat persembahan.

Bintang filem Gol & Gincu itu telah meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu akibat serangan sakit jantung.

Allahyarham Ashraf telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat, petang semalam.

Ashraf meninggalkan seorang balu, pelakon Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Video: Instagram Official Hlive

Published by
Nazar Rafiqhi