Selepas selamat bersalin pada 2 Januari lalu, pelakon dan usahawan Mawar Rashid ada memuat naik beberapa keping foto terkini anak kedua, Raden Seri Rossabella Cinta.
Mawar atau nama lengkap, Wan Mawar Shaputri Wan Rashid memaklumkan anak perempuanya itu kini sudah mencecah usia sebulan.
Sambil menzahirkan rasa syukur, finalis Dewi Remaja 2015 ini turut menyifatkan masa berlaku begitu pantas bila melihat perkembangan permata hatinya itu.
“Happy 1 month old Cinta Hati mommy Mommy geram gila tgk gambar2 cinta ni tak sangka ada baby girl dah.
“Alhamdulillah Ya Allah cepat betul masa berlalu, dah sbulan @rossabellacinta,” tulis pelakon TQ Captain ini pada ruangan kapsyen.
Sekadar informasi, Mawar dan suaminya, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael, yang kini hampir mencecah usia lebih 2 tahun.
Foto: Instagram Mawar Rashid