“Tak Sangka Ada Juga Yang Perasan Saya…,” – Lakonan Raih Pujian, Ramai Berebut Nak Jadikan Farhan Asri Sebagai ‘Crush’ Ke?

Share

Pelakon, Farhan Asri mengakui dirinya berasa amat terharu dengan reaksi-reaksi positif para netizen di media sosial yang memuji mengenai kualiti lakonannya menerusi drama, Cukup Derita Itu.

Jelas Farhan, dia sendiri tidak menyangka bahawa lakonannya itu mampu meninggalkan kesan di hati para penonton.

Malah, kompilasi video-video pendek yang disunting khas oleh peminat nyata menghiburkan hatinya.

“Terperanjat Paan bila ada orang sampai DM cakap dia termimpi lepas tengok Cukup Derita Itu.

“Aduhai, sebenarnya ada banyak dm and comment yg buat Paan terhibur, lagi-lagi bila baca komen dekat TikTok and Instagram. Korang ni memang sempoi lah,” tulisnya.

Rasa terharu itu dikongsikan sendiri oleh pemenang tempat kedua program, Hero Remaja 2017 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Farhan turut merakamkan ucapan penghargaannya buat para barisan individu di belakang tabir yang memberikan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk menjayakan watak sebagai ‘Amirul’.

Jelasnya lagi, meskipun peranannya di dalam drama ini tidaklah begitu besar, namun, dia tetap memberikan persembahan yang terbaik sepanjang menjayakan wataknya itu.

“Tapi sebenarnya semua ni takkan terjadi tanpa peluang yang diberikan oleh kak @sitirosmizahsemail dan bantuan dari pengarah Abang Along @alongkamaludin.

“Alhamdulillah tak sangka ada juga yang nampak Paan dalam drama ni. Kalau nak bandingkan watak Paan kecik je tapi Paan usaha keras nak jayakan watak Amirul ni sebab karakter Amirul ni mencabar sangat.

“Infact masa shooting Abang Along banyak beri tunjuk ajar. Thank you juga kepada pelakon-pelakon lain yang tak kedekut ilmu.

“Kami dah macam keluarga dekat set. Dan terima kasih kepada peminat yang buat video ni semua,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kualiti lakonan yang ditampilkan oleh Farhan selain turut meluahkan rasa tidak sabar untuk menantikan episod drama Cukup Derita Itu yang akan datang.

“Saya pun suka Mirul. Harap-harapnya saya jumpa someone macam Mirul dalam drama Cukup Derita Itu.

“Proud of you.

“Minat tengok Paan berlakon.

“Abang Paan sentiasa awesome. Tak pernah tak best dengan lakonan abang,”antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Cukup Derita Itu merupakan sebuah drama kerya asal Siti Rosmizah Semail dan diarahkan oleh Along Kamaruddin.

Selain daripada Farhan, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti, Hisyam Hamid, Ruhainies, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Cukup Derita Itu ditayangkan di slot, Samarinda TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Farhan Asri

Published by
Aizam Manaf