“Tak Sangka Benda Ni Boleh Jadi Isu,” – Ain Edruce Ulas Soal Pakaian Selepas Lahir Anak Yang Dikritik, Dedah Jalani Fasa Pantang Cara Tradisional

Share

Pelakon dan pengacara Ain Edruce tampil berkongsi perkembangan terkini serta pengalaman setelah selamat melahirkan anak pertamanya, Soraya pada 19 Mei lalu.

Menerusi program #MHLifeStyle di YouTube, pelakon berusia 30 tahun ini antara lain memberikan komen berhubung soal penampilannya yang berseluar dalam berpantang untuk ke hospital baru-baru ini.

Perkara tersebut secara tak langsung menyebabkan ada yang seolah tak puas hati dan memberikan pandangan masing-masing.

“Bila saya terima komen macam tu, saya terfikir apa masalah mereka ni? Tak akan saya nak pergi hospital pakai kain batik, nak berikat sanggul dan sebagainya.

“Saya tak sangka benda ini boleh jadi satu isu. Pasal pemakaian ketika dalam berpantang ni kita kena tengok keadaan juga sebenarnya. Tak akan kita nak pergi hospital nak pakai batik tu semua.

“Kalau ada yang nak pakai dipersilakan, saya tak halang dan tak akan persoalkan pun,” kata pemilik nama lengkap Nurulain Edruce ini.

Ain pada masa sama menjelaskan, seluar yang disarungkan ketika itu adalah potongan longgar dan selesa dipakai.

“Pada pendapat saya sendiri, tak salah pemakaian kita ikut kepada keadaan dan situasi tertentu.

“Pada saya, tak salah pun nak pakai seluar sebab seluar yang saya pakai tu bukan ketat pun. Seluar yang saya pakai tu longgar,” katanya yang turut mengamalkan kaedah berpantang cara tradisional.

“Keluarga berpantang cara tradisional, jadi saya pun buat perkara sama. Adalah lalukan sesi bertunku, mengurut, mandi air herba dan sebagainya.

“Jadi kalau ada orang di luar sana yang rasa saya tak berpantang tu, aku berpantang okay. Cuma tak tunjuk je dalam Instagram,” selorohnya.

Sementara itu, Ain turut akui suaminya, Amirul Hafiz turut sama teruja kerana sudah pun bergelar bapa. Malah layanan Hafiz terhadap dirinya juga kian berbeza.

Ain mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan itu pada 13 Disember 2019.

Ikuti temubual penuh bahagian pertama bersamanya di sini;

Foto: Instagram Ain Edruce

Published by
Nazar Rafiqhi