Pelakon senior, Edika Yusof mengulas mengenai satu posting yang dikongsikannya di Instagram, ketika meraikan ulang tahun ke-18 perkahwinan bersama isteri, Norhidayah Yusri, 43, menjadi tular di media sosial.
Memetik Harian Metro, bintang berusia 53 tahun tidak menyangka perkara tersebut akan menjadi perhatian.
“Sejujurnya saya jarang buat hantaran berkenaan isteri saya. Tak sangka pula hantaran berkaitan ulang tahun perkahwinan kami menjadi tular.
“Berkenaan perkara ini, saya setia menjaga Isteri. Bagi saya, sebagai suami saya cuba menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
“Bagi saya tanggungjawab adalah perkara utama dan keduanya disebabkan perasaan cinta dan kasih sayang.
“Saya bersyukur Allah panjangkan jodoh kami dan juga Allah berikan kami kekuatan dalam mengharungi dugaan ini,” katanya.
Menurutnya, biarpun keadaan isterinya yang lumpuh dari dada hingga hujung kaki, mereka sekeluarga cuba untuk menjalani kehidupan senormal yang mungkin.
Ads
“Walaupun dengan lumpuh separuh badan, isteri saya mencuba apa yang terbaik dia boleh lakukan. Anak-anak juga banyak membantu,” katanya lagi seperti yang dipetik.
Aktor yang sinonim menerusi filem Maria Marian ini jga pada masa sama enggan mengulas pujian warganet yang membandingkan kesetiaannya terhadap isteri, yang lumpuh sejak 16 tahun lalu dengan orang lain.
Jelas Edika, dia sebenarnya tidak selesa apabila setiap kali ada isu berkaitan selebriti, akan dibandingkan dengannya.
Baginya, setiap bahtera perkahwinan itu mempunyai dugaan tersendiri.
Ads
“Semua orang akan melalui dugaan masing-masing. Setiap perkahwinan juga ada dugaannya tersendiri.
“Bagi saya perkahwinan ialah tanggungjawab bersama dan susah senang kita mesti hadapi bersama. Isteri adalah jodoh dan teman sejiwa, bukan pembantu rumah.
“Bersama kita berkongsi tanggungjawab termasuk rutin harian, jaga anak, kerja-kerja rumah dan juga memasak,” katanya.
Ads
Menurutnya lagi, adalah tidak adil juga jika warganet menyentuh isu rupa dan kesetiaannya terhadap isteri dengan selebriti lain.
“Rupa tidak memainkan peranan. Setiap orang mempunyai cara dan pemikiran yang berlainan.
“Apa yang boleh saya katakan di sini, mungkin saudara (selebriti) kita ada masalah tersendiri. Biarlah kita sama-sama belajar daripada kesilapan dan doakan yang baik-baik sahaja.
“Siapa kita untuk menilai mereka kerana kita juga tidak sempurna,” katanya yang setia menjaga isterinya yang lumpuh sejak 16 tahun lalu.
Untuk rekod, Edika bersama isteri dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Sumber, Foto : Harian Metro, Instagram Edika Yusof, Majalah Nona
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya atas setiap komen positif yang diberikan penonton sejurus menonton babak lakonannya menerusi filem epik fenomena, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
Meski penglibatannya di dalam filem tersebut tidak lama, namun ramai yang menyifatkan penghayatan yang diberikan aktres ini cukup memberi kesan.
“Penggambarannya sekitar tiga ke empat tahun lepas, sebelum pandemik.
“Saya sedia faham filem ini mendukung satu watak yang besar, tokoh yang berilmu. Jadi agak sukar untuk direalisasikan.
“Saya tahu penerbit lalui pelbagai cabaran untuk menghasilkan filem ini.
“Saya sangat seronok bila kutipannya pun berganda-ganda. Ini satu input positif kepada penggiat industri kreatif kita.
“Bila mana ramai yang penonoton, menghargai sosok pejuang tanah air,” katanya lagi.
Terkini, filem berkenaan kini merekod kutipan RM47 juta dalam tempoh 11 hari, sekali gus memecah rekod filem Munafik 2 yang mencatat kutipan RM48 juga dalam tempoh lebih sebulan tayangan pada 2018.
Perkara tersebut turut dikongsikan Syamsul menerusi satu hantaran yang dimuat naiknya di Instagram.
Selepas mendedahkan anak sulungnya Seth Uwais mengidap autism tahap satu, penyanyi Shila Amzah ada membuka ruang soalan di Instagram Stories untuk berinteraksi bersama para pengikutnya.
Antara soalan yang diajukan adalah sama ada bekas suaminya, Haris Idraki Elias ada mengambil maklum mengenai keadaan anaknya itu.
Jawab Shila, tugas bapa ketika ini telah digalas oleh suaminya Ubai dan dia amat mengambil berat tentang perkembangan Seth Uwais.
“Panggilan papa adalah untuk Ubai dan memang Ubai yang mengambil langkah proaktif terhadap Seth sebagai ‘bapa sambung’.
“Untuk menjawab soalan anda, ya Ubai sangat mengambil berat dan penyayang terhadap seth. Alhamdulillah,” tulisnya.
Pada masa sama, penyanyi lagu Memori Tercipta ini juga mengakui amat bersyukur dengan kehadiran Ubai yang banyak membantu dan mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik meskipun sibuk dengan jadual sebagai anak seni.
“Saya memang ada pembantu di rumah tapi pada masa sama, tulang belakang saya ketika ini adalah suami saya.
“Saya dapat melalui banyak detik sukar sejak dengan sokongan suami. Dua tahun kebelakangan ini memang mencabar buat saya,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Shila turut memuji sikap Ubai yang amat menyangi Seth dan mahu sama sama membesarkan anak tersebut.
“Alhamdulillah. Memang syukur sangat. Seth memang memerlukan bimbingan seorang bapa yang baik dan betul-betul luangkan masa mengenali dia.
“Lepas ada Ubai, saya sudah tidak keseorangan uruskan Seth,” kongsinya.
Sekadar informasi, Shila dan Ubai telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Ogos 2023.
Mereka baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Sebelum ini, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki pada 2018 sebelum bercerai pada 2022.
Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Seth Uwais.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shila Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia semalam, satu entri yang dimuat naik jekaka yang didakwa merupakan teman istimewa pelakon popular, Mira Filzah mulai menjadi perhatian peminat.
Mendapat tanda suka hampir 7,000 setakat ini, dedikasi buat para wanita yang dibuat Wan Emir Astar, yang juga merupakan anak kepada ahli parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yaziod menerusi platform Instagram itu menerima komen pelbagai.
Meski foto yang dimuat naik tidak menampakkan figura secara jelas wanita berhijab yang dirakam di balik tabir itu, bagaimanapun netizen membuat andaian ia ialah Mira Filzah yang dikaitkan dengannya sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, setakat ini hubungan keduanya masih lagi menjadi tanda tanya apabila tiada pengakuan sahih mengenainya dari mulut si empunya badan.
Bagaimanapun memetik Berita Harian Januari lalu, Mira menjelaskan dia memilih untuk tidak mendedahkan identiti mana-mana jejaka yang rapat dengannya ketika ini selagi belum ada kepastian.
“Saya sedar, selagi perkara ini disimpan, semakin banyak spekulasi yang akan timbul. Namun, saya tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak mendedahkan identiti jejaka itu selagi belum ada kepastian.
“Saya perlu hormat permintaan kedua-dua keluarga. Siapa yang tahu, tahulah… Sekiranya ada yang nampak kami di tempat umum, terpulang untuk mereka membuat andaian.
“Tiada apa yang saya sembunyikan, apatah lagi membiarkan perkara ini menjadi teka-teki. Saya hanya menghormati permintaan keluarga.
“Belum masanya untuk saya bercakap mengenai perkara itu. Bukan nak berahsia, tetapi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku pada masa akan datang.
“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, setiap pasangan yang bercinta pasti mengharapkan hubungan mereka melangkah ke alam perkahwinan. Saya juga mengharapkan perkara sama,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu hasil tinjauan, kedua-duanya saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Foto: Instagram Wan Emir, Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!