Penyanyi Nubhan Ahamad memberikan reaksi berhubung isu melibatkan rakan duetnya, Siti Nordiana baru-baru ini.
Menurut Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad dia bersimpati dengan hal yang dihadapi Siti Nordiana (Nana) dengan menyifatkan soal gaduh sebagai hal biasa dalam persahabatan.
“Kesian rakan duet den ni. X sangka isu kawan2 boleh jadi sampai ke tahap saman menyaman. Gaduh2 sikit, lepas cakap tu biasala dlm berkawan.
“Den pun penah jugak gaduh ngan diaorg…pastu baik balik…pastu gaduh jap…pastu tiba2 holiday sama2…mcm tu lah ulang2 sampai abg jamil…
“Saya kalau kluar ngan diaorg ni sentiasa akan gaduh bila makan…berebut masing2 nak mengelak bayar…bkn xda duit…tp dah pangai memasing mcm tu…layan je la…gurau2 kan…nothing serious…,” tulisnya.
Selain itu, penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) berusia 35 tahun ini mengharapkan agar konflik yang berlaku dapat diselesaikan cara baik.
“Maaf bermaafan lah…kita xnak tau pun sapa betol sapa salah…everyone learned their lesson. bila jadi sesuatu perkara, sure masing2 ada salah…kawan kannnn??
“Mmg mulut longkang tu perkara biasa. Tu jgk yg kita kawan…tu jgk yg dah bertahun2 pon…Enough fingting2 leyyy…Ni bukan nk bekap sesapalah…cuma nk tgok la korg ni bedamai…” tulisnya lagi.
Sebelum ini, Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana telah membuat laporan polis susulan sesi Instagram Live (IG Live) oleh lima individu yang didakwa bercakap serta mengeluarkan kenyataan kurang menyenangkan mengenai dirinya baru-baru ini.
Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Nubhan, Siti Nordiana