Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memaklumkan khabar duka berhubung perihal neneknya yang telah kembali ke rahmatullah.

Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini telah berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran terkini di akaun Instagram miliknya.

“Tak Sangka Kelmarin Hari Yang Saya Takut Betul-Betul Tiba,” – Bella Astillah Maklum Nenek Telah Meninggal Dunia “Tak Sangka Kelmarin Hari Yang Saya Takut Betul-Betul Tiba,” – Bella Astillah Maklum Nenek Telah Meninggal Dunia

Di samping menzahirkan rasa sayu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah tidak menyangka hari yang tidak diduga akhirnya telah tiba.

Akuinya lagi, dia juga turut berasa takut dengan kehilangan dan pemergiaan nenek tercinta ke negeri abadi buat selama-lamanya.

Ads

“Losing a loved one is tough and now I am not able to recover from this and consistently miss her and fall into tears. Hopefully the pain and grief will pass. Miss na kita lola,

“P/s: setiap kali tengok nenek mesti nangis kenapa? Sbb saya selalu takut kalau2 kehilangan dia. Tapi nda sangka kemarin hari yang saya takut betul2 tiba sekarang saya tiada nenek sudah..,” tulisnya.

Ads

“Tak Sangka Kelmarin Hari Yang Saya Takut Betul-Betul Tiba,” – Bella Astillah Maklum Nenek Telah Meninggal Dunia

Ads

Terdahulu, media melaporkan nenek kepada bintang berusia 28 tahun itu pernah jatuh sakit dan dimasukkan ke Queen Elizabeth Hospital, Sabah, sekitar tiga tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Bella Astillah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI