“Tak Sangka Kita Pergi Tu Untuk Bawa Dia Balik,” – Bapa Faralyna Idris Meninggal Dunia

Share

Pelakon Faralyna Idris menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan ayahanda tercinta telah kembali ke rahmatullah pada 25 Disember lalu.

Jelasnya, dia datang ke hospital dengan harapan dapat membawa si bapa pulang, namun bapanya telah pulang menemui Sang Pencipta.

Bagaimanapun pelakon ini tidak menyatakan secara lanjut punca kematian.

“25hb, pukul 1.30pagi, baju yang sama kita sarung pergi hospital dengan harapan papa masih sama mcm petang tadi tu.

“Tapi tak. Tak sangka kita pergi tu utk bawa dia balik.. balik terus menemui Sang Pencipta.

“Ingat tak Bonda ada minta tlg semua doakan semoga papa sihat cepat?
Terima kasih semua yg mendoakan 🙏🏻 Allah lebih menyayangi papa.

“Sekarang papa dah takde. Semoga papa ditempatkan dikalangan para solihin. Amin ya rabbal ‘alamin,”

kongsinya.

Terdahulu, Faralyna telah kehilangan ibunya, Jalaliah Ismail yang meninggal dunia 13 tahun lalu.
Takziah.

Foto : Instagram Faralyna Idris

Published by
Noraini Abd Wahab