Persembahan Nikki Palikat pada saingan konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah berjaya meraih perhatian.
Nikki yang menyanyikan lagu berjudul Gelombang yang pernah dipopular oleh penyanyi Salamiah Hassan turut meletakkannya sebagai bintang yang meraih markah paling tinggi Ahad lalu.
Menurut Nikki, dia akui lagu tersebut disampaikan sebaik mungkin dan penuh penghayatan sambil memikirkan mangsa banjir, baru-baru ini.
Lalu, ibu kepada seorang cahaya mata ini berharap agar semua sama-sama dapat menitipkan doa dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir bagi yang berkemampuan.
“Hidupku seperti badai, tak henti gelora, musnahlah segala.”
“Tak sangka lagu Gelombang ni sangat kena dengan isu banjir yang melanda negara kita. Sambil menyanyi memang memikirkan mereka yang ditimpa bencana ini, terutamanya yang terdekat dengan Nikki sendiri.
“Sama-sama kita berdoa dan hulurkan bantuan. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan persembahan Nikki. Nikki sangat hargai,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram.
View this post on Instagram
Sekadar informasi, Nikki bakal menyampaikan lagu berjudul Guridam Jiwa duet bersama penyanyi Syamel untuk konsert minggu keenam, minggu hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI