Pelakon popular Indonesia, Prilly Latuconsina berkongsi menerusi Instagramnya bahawa dia telah kehilangan datuk tercinta. Meninggal dalam bulan Ramadan, datuknya yang dikenali sebagai HM Sidik Latuconsina menghembuskan nafas terakhir di hospital setelah kesihatan merosot.
Paling mengharukan, menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram dan juga Instastory, jelas menunjukkan kedekatan pelakon cantik ini bersama datuknya yang dipanggil Opa itu. “Inspirasiku telah pulang ke rumah yang lebih baik. Opa terima kasih kerana mengajar aku banyak kebaikan. Saya akan menyayangimu selamanya dan merinduimu setiap hari,” luahnya.
Dalam beberapa hantaran di ruangan Instastory pula, Prilly ini turut menyatakan kesedihannya. Ujarnya, “Tak sangka tahun lalu jadi lebaran terakhir kita. Tidak aka nada lagi yang menyuruh menyanyi ketika lebaran. Taka da lagi yang akan menyuruh kita semua poco-poco. Tak ada lagi yang akan berguarau denganku soal hidup.”
Dia yang merupakan cucu pertama di dalam keluarga menjadi kebanggaan kepada datuknya dek pencapaian yang dimiliki. Bukan sekadar berjaya dalam dunia lakonan bahkan dia juga merupakan graduan terbaik di universiti.
Aktres yang popular menerusi siri filem Danur dan Ku Kira Kau Rumah ini menceritakan kenangan dia dan datuknya saat mahu menduduki peperiksaan subjek Undang-Undang Indonesia. Dia yang ketika itu merasakan subjek itu sukar telah meminta datuknya mengajar dengan lebih lanjut tentang isu di dalam subjek tersebut.
“Aku ke pejabat Opa dan ganggu waktu dia bekerja. Walaupun begitu, dia tetap mengajar sampai aku faham. Gara-gara belajar dengannya aku mendapai gred A. Opa adalah orang yang selalu bekerja keras. Setiap hari kerja malahan setelah pencen tetap membuat pejabatnya sendiri,” tulisnya panjang lebar.
Dia menambah lagi bahawa datuknya seorang yang sangat mengutamakan cucu. Kalau tidak boleh ke pejabat, datuknya pasti akan menaip panjang apa yang ingin diajarkan supaya cucunya faham akan isu yang dibincangkan.
BACA JUGA: Pelakon Kanak-Kanak Filem Danur Meninggal Dunia Pada Usia 12 Tahun
Tidak menyangka insan tersayang akan pergi, Prilly berkongsi saat sebelum kematian datuknya itu.
“Ini merupakan komunikasi terakhir kami, waktu itu aku berada di lokasi penggambaran dan berasa mahu membuat panggilan video kepada Opa. Dia berkongsi yang dia sudah sehat dan akan pulang sebentar lagi dan aku terus menjawab agar dia cepat pulang dan nanti aku akan ke rumahnya. Ternyata datuk benar-benar pulang,” kongsinya mengimbau saat terakhir mereka berkomunikasi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber & Kredit foto: Instagram Prilly Latuconsina