Dalam tidak sedar, masa yang berlalu dalam kehidupan berlalu dengan pantas tanpa kita menyedari usia makin bertambah.
Jelas Datin Seri Shahida, masih terbayang jelas ketika melalui zaman persekolahan dan kini dia sudahpun punya keluarga sendiri.
Ulas ibu kepada lima orang anak ini lagi, setiap fasa kehidupan punya masalah tersendiri, namun dia menyarankan jalaninya dengan gembira bersama insan tersayang. Dan yang paling penting, utamakan Allah walau apa yang berlaku.
“Dulu waktu kecik sekolah rendah x sabar nak pergi sekolah menengah…bila dah sekolah menengah x sabar nak habis sekolah…bila dah habis sekolah x sabar nak kerja,pastu nak ada keluarga……
“Semua tu dah jadi kenyataan sekarang,x sedar 35 tahun singkat sahaja waktunya,x terasa,masih teringat2 zaman nakal habis sekolah,zaman kena kacau dgn budak lelaki kat sekolah,zaman cikgu rotan sebab x siap kerja sekolah..semua tu sangat singkat.
“Macam tu lah cepatnya nanti usia kita meningkat kan…nanti sedar x sedar usia pun nak masuk 50 dah..anak dah besar mungkin dan bercucu..masalah pun lain pula nanti.
“Jadi kesimpulannya jangan stres, jgn memikir lebih2 sebab hidup kita ni singkat sahaja sebenarnya,gembira dan bahgia dgn org yg sayang kita….itu lebih bermakna……dan paling penting selalu letak Allah SWT no 1 dalam hati kita,apapun yg jadi Insya Allah itu yg terbaik sebenarnya utk kita,” jelasnya menerusi Instagram.
Sekadar imbasan, Shahida mula terkenal menerusi kumpulan nasyid popular, Solehah sekitar tahun 1997 dan mengembangkan kerjaya sebagai model iklan sebelum melangsungkan perkahwinan bersama Datuk Seri Aliff Syukri pada 2007 ketika berusia 22 tahun.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudah Arshiyah serta turut menjaga seorang anak angkat.
Foto : Instagram Shahida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI