Penyanyi, Nora Ariffin tidak mahu ambil peduli dakwaan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai tidak isteri yang tak reda dengan pemergian arwah suaminya, Johan Nawawi, tahun lalu.
Katanya, walaupun ramai isteri di luar sana yang turut kehilangan suami tetapi pengalaman yang diharungi setiap individu itu tidak sama.
“Kadang-kadang apa yang saya luahkan di Instagram itu, saya tak kisah apa orang nak kata sebab itu hak saya. Jika mereka tidak selesa mereka boleh unfollow.
“Ya betul isteri di luar sana turut kematian suami juga tapi saya pasti setiap pengalaman sedih itu tak sama.
“Orang yang tak lalui mereka takkan faham,” katanya kepada MH.
Nora berkata demikian ketika ditemui di sidang media Spectacular Secretaries’ Week Luncheon 2019 di Palace Of The Golden Horses (PGH), Seri Kembangan pada Khamis.
Ketika ditanya adakah Nora telah menutup pintu hatinya untuk individu lain, penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema mempunyai pendirian sendiri.
Katanya, dia hanya mampu meminta peminat doakan yang terbaik.
“Itu pun saya tak tahu sebab kadang-kadang kita bercakap takut salah cakap pula nanti. Apapun doa dan minta yang baik-baik sahajalah.
“Lagipun saya belum bersedia tetapi saya ada berkawan. Apa pun, berkawan dengan semua orang,” terangnya lagi.
Terdahulu, Nora ditemui di majlis pelancaran minggu setiausaha yang turut menampilkan penyanyi senior, Aisyah berkongsi pentas sama.
Turut sama ialah peniup saksofon, Alif Nasir yang popular dengan jolokan ‘Kenny G Malaysia’.
Spectacular Secretaries’s Week Luncheon 2019, dijadualkan berlansung pada 25 April 2019 bertempat di Royal Ballrom, PGH dan tiket mula dijual pada harga RM 600 (Sapphire), RM 500 (Ruby), RM 400 (Emerald) dan RM 300 (Amethyst).
https://www.instagram.com/p/BuuuM0uBUk8/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI