Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari teruja apabila terbabit sama menjayakan program Ramadan Madani: Titipan Kasih anjuran Buletin FM dan Usanita Sdn Bhd di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada acara itu, Awal atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Ashaari, 42, mengagihkan lebih 1,200 bakul makanan dan juadah berbuka puasa kepada golongan miskin bandar dan penduduk sekitar.
Kata Awal, peluang menjayakan program kebajikan pada Ramadan sebagai sesuatu yang berharga
“Alhamdulillah saya mencuba. Mungkin sebelum ini peluang untuk terlibat dalam projek kebajikan itu agak terbatas dengan komitmen kerja dan sebagainya.
“Jadi bila Ramadan tiba alhamdulillah kesempatan itu ada kerana inilah peluang yang direbut dan yang terbaik baik untuk kita tambahkan amal dan pahala. Kerja juga tak banyak ketika ini.
“Jadi saya melihat inilah masa yang betul untuk kita berikan tumpuan pada hal melibatkan kebajikan. Bukan nak kata bulan lain tak ada, tapi kita lihat lebih banyak pihak yang ambil kebaikan di bulan Ramadan untuk melakukan kebaikan, insyaAllah,” katanya.
Ads
Sementara itu, barangan keperluan dan makanan yang diagihkan adalah hasil sumbangan Buletin FM dengan kerjasama Usanita Sdn Bhd dan Parlimen Titiwangsa.
Bapa kepada dua cahaya mata yang juga suami kepada selebriti Scha Alyahya ini akui acara berkenaan sangat dekat di hatinya.
“Ia dekat dengan saya yang memang berasal dari Kampung Baru. Sebab itulah bila pihak Usanita jemput kita untuk sama-sama terlibat dalam projek agihan ini, saya terus terima.
“Apatah lagi ini satu inisiatif yang bagus untuk kami selebriti untuk sama-sama turun padang untuk berkongsi rezeki. Tak semestinya dengan wang ringgit, tetapi juga mengeluarkan tenaga bagi meringankan proses agihan ini,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Awal turut dilantik sebagai rakan strategik Usanita Sdn Bhd yang berfungsi menaikkan lagi taraf kehidupan golongan B40 dan M40.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Hasan, pula menjelaskan, sejumlah 220 bakul makanan merangkumi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, bihun, susu, garam dan gula disumbangkan syarikat dan Parlimen Titiwangsa kepada golongan miskin bandar.
Selain itu, Adzliana berkata, sebanyak 1,000 pek makanan berbuka puasa diagihkan kepada penduduk di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru.
Ads
“Kita pilih Kampung Baru kerana fokus kita untuk membantu golongan miskin bandar dan asnaf sempena Ramadan yang dianjurkan setiap tahun.
“Selain program hari ini (kelmarin), kita akan memperluaskan sumbangan kepada golongan mahasiswa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, pada Sabtu.
“Semoga program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dapat meringankan beban ditanggung golongan memerlukan dan kita dapat berkongsi rezeki,” katanya.
Yang turut hadir, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Program sumbangan yang bermula selepas solat Asar dimeriahkan dengan kehadiran selebriti Zoey Rahman, termasuk penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir dan Marsila Hassan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biar pun baru bersiaran beberapa episod, namun drama bersiri terbaru di slot Samarinda TV3, Takdir Yang Tertulis nyata mendapat sambutan luar biasa penonton.
Malah masing-masing cuba memberikan reaksi terhadap konflik yang melanda mereka dari sehari ke sehari.
Ditulis dan diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin, drama ini mengisahkan konflik perhubungan di antara empat kenalan iaitu Azlan yang dilakonkan oleh Nazim Othman, Juweta (Nad Zainal), Ean (Alvin Chong) dan Ruhila (Elvina Mohamad).
Selain pelakon utamanya, watak Che Salmah yang didukung pelakon hebat, Didie Alias turut memancing mata ramai dek sikapnya yang disifatkan kejam dan tidak berperikemanusiaan demi kepentingan diri.
Malah, sikap Che Salmah turut dikongsikan Didie menerusi satu babak episod kelima yang bersiaran 10 malam ini.
“Sape nk sambung bayar, zero downpayment. Harga ok Che Salmah Let Gooo. Jom layan jap je lagi kul 10 malam.
”Jom sambung Kecam mlm ni,” tulisnya pada video yang dimuat naik.
Serentak dengan itu, para peminat turut sama meninggalkan reaksi pelbagai terhadap babak yang dikongsikan bintang senior itu.
Bersiaran sebanyak 15 episod, Takdir Yang Tertulis turut disokong oleh para pelakon lainnya seperti Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri dan ramai lagi.
Foto: Instagram Didie Alias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memuat naik gambar bersama pelakon K-Pop, Lee Sung-Kyung atau dikenali sebagai Biblee ketika menghadiri sebuah majlis.
Lalu, foto yang dikongsikan menerusi Instagram penyanyi Anta Permana itu mendapat reaksi pelbagai khasnya di kalangan peminat kedua-dua bintang berkenaan.
Bagaimanapun, ruangan komen kecoh tiba-tiba apabila pelakon Daler Yusuf meninggalkan komen seakan membandingkan kecantikan dua wanita itu.
Lebih panas, Daler mengeluarkan reaksi bahawa Biblee ada melakukan pembedahan plastik.
“Akak lebih cantik. She’s full of plastic surgery and still you’re more pretty masyaAllah” tulis Daler.
Lantas, peminat K-pop berasa tak puas hati dan naik hantu dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon itu menyebabkan pelakon berusia 27 tahun itu menerima kencaman netizen.
Ditanya mengenai isu berkenaan, Daler ketika ditemui MH mengakui sejujurnya dia tidak begitu mengikuti perkembangan seni Kpop.
“Actually Daler tak minat cerita or kpop yang korea punya stuff. Akan tetapi Daler selalu juga mendengar ada artis Korea buat plastic surgery.
“That’s why lah maksud Daler macam Tok Ti lebih cantik dari Korean artist walaupun dia buat plastic surgery ke tak tapi tetap Tok Ti lagi cantik.
“So I want to say like that. Kemudian, the k-poppers they started to macam bashing me,” jelasnya.
Apa pun dek komen tersebut, tambah Daler dia telah pun meminta maaf kepada semua peminat Kpop di ruangan komen gambar tersebut.
“Salam guys, I’m so sorry for the comment. Daler bukan fan K-pop and its just i heard a lot about Korean artist buat plastic surgery.And she’s too pretty to be natural. Salah Daler. Minta maaf ye! We learn from mistake and I learn.” tulis Daler.
Disamping itu, Daler turut memberitahu dia cuma sekadar bergurau dan tiada niat untuk menyakiti hati mana mana pihak sekali pun.
“Is kind of joke, it just like I wanna say that Siti lagi cantik because saya salah seorang peminat Siti Nurhaliza.
Pertemuan secara tidak sengaja di antara Azwan Ali dan juri program All Together Now Malaysia, Kelly Azman mereka baru-baru ini membuka lembaran buat mereka apabila kedua-duanya memilih untuk bersemuka seterusnya menjernihkan kembali hubungan.
Azwan atau Diva AA sebelum ini memuat naik satu ciapan di laman Twitter mempertikaikan kredibiliti salah seorang juri di sebuah rancangan realiti terbitan syarikat penyiaran swasta seterusnya mengundang spekulasi warganet.
Biarpun tidak menyatakan terperinci mengenai individu yang dimaksudkan, namun rata-rata netizen berpendapat ia ditujukan buat Kelly yang turut sama terbabit di dalam program hiburan realiti itu.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Azwan menjelaskan dia akan terus memberi teguran kepada mana-mana pihak yang menimbulkan isu.
“Saya sudah berada di dalam industri ini lebih dari 33 tahun. Siapa pun tidak sangka selepas 10 tahun mendiamkan diri, kini saya kembali. Kalau ditanya apa puncanya, tidak ada apa pun cuma saya enggan mengambil sebarang tugasan ketika itu.
“Saya duduk di London tetapi kontroversi terus berlegar-legar. Saya ingatkan kontroversi 10 tahun lalu berbeza dengan tahun 2022. Ikhlas saya cakap saya dah lalui semuanya, macam-macam cerita dah keluar.
“Saya tidak menyangka sehingga tahun ini nama dan kontroversi Diva AA berada di tahap yang menggunung. Saya terkejut sebab ingatkan ia semakin tenggelam sebab sebelum saya membawa diri ke London 10 tahun lalu saya kecewa dengan apa yang orang kecam saya.
“Tetapi kini tidak lagi kerana ia telah berubah dan perasaan geram saya semakin menebal. Saya pernah dikecam lebih dari 50 status sehari. Kau sanggup ke dengan kecaman?,” katanya.
Sementara itu, Kelly ketika ditemui berkata, dia sudah ‘kalis’ dengan pelbagai kecaman sebelum ini dan tidak terasa dengan ciapan dari Diva AA kerana mereka sudah lama saling mengenali.
“Saya sudah lama di dalam industri ini. Sama seperti Diva AA, saya pun sudah lali dengan pelbagai kecaman termasuk darinya kerana kami pun sudah lama kenal. Apa-pun saya hanya ingin memfokuskan kepada karier saya dan buatkan orang ramai terhibur.
“Jadi terserah kepada mereka untuk berkata-kata kerana saya hanya menjadi diri saya sendiri dan ingin menjadi penghibur,” katanya.
Mereka ditemui di majlis sidang media MIC ON! musim kedua di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Di dalam rancangan realiti itu, Diva AA akan bergandingan bersama Issey Fazlisham menggalas tanggungjawab sebagai hos yang akan bermula pada 28 Januari depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wakil Malaysia di pertandingan Miss Charm 2024, Rashmita Rasindran, berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Kemenangannya bagai sudah boleh dijangka sejak awal pertandingan lagi.Menampilkan prestasi...