Anak bongsu kepada Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim iaitu Diyana Ridzuan sehingga kini masih tidak dapat menerima hakikat bahawa bapa kesayangannya sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

Berkongsikan luahan hatinya mengenai pemergian bapa tercinta, Diyana, 24, mengenang kembali segala memori bersama Allahyarham yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi Khamis.

Dalam nukilan yang dikongsikan di laman Instagram miliknya, Diyana berkata dia terkilan kerana tidak sempat menghadiahkan bapanya sebuah skuter elektrik (yang digunakan untuk orang sakit bergerak) seperti mana yang dihajatkan Allahyarham sebelum ini.

“Ayah, princess Diyana rindu ayah sangat-sangat. Nanti Nan jumpa ayah selalu okay? Ayah dah tak penat dah sekarnag. Tiada dah ayah call Nana mengadu kaki ayah bengkak-bengkak, ayah sakit perut berak-berak, tiada yah (ayah) and I am happy for you.

“Tapi sorry yah.. tak sempat belikan ayah scooter. Itu adalah permintaan terakhir dia sebab dia kata dia malu nak naik kerusi roda atau pakai tongkat,” tulis Diyana di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diyana R (@diyanardzn_)

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diyana R (@diyanardzn_)

Dalam perkongsian itu juga, Diyana berkata ayahnya merupakan punca kekuatan untuk dirinya terus bekerja lebih keras sebelum ini demi berbakti kepada Allahyarham.

“Punca kekuatan nana untuk terus bekerja lebih keras hilang yah.. Nana selalu penat buat dua tiga kerja sebab nak bagi ayah duit, tapi sekarang semua tu tak berbaloi untuk Nana.

Ads

“Lepas ni Nana nak orderkan makanan untuk siapa? Siapa nak makan lontong rojak pagi-pagi? Siapa nak minta tolong orderkan nasi minang, ikan gulai dan sayur pucuk ubi masak lemak lagi?” luah Diyana lagi.

Allahyarham Ridzuan, 62, menghembuskan nafas terakhir pada pagi Khamis akibat serangan jantung di kediamannya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Ads

Allahyarham yang popular menerusi watak King dalam filem KL Gangster sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon dan pengacara, Didie Alias pada 1991 namun bercerai pada tahun 2002.

Hasil perkahwinan, Allahyarham dikurniakan lima orang anak iaitu Nur Dhaniyah, 30, Mohd Dhanial, 29, Nur Dinie, 27, Nur Dayini, 25, dan Nur Diyana, 24.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini. 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI