Terdahulu, pelakon yang sering menjadi kontroversi Sharifah Sakinah telah menutup ruang komen di Instagram sempena menyambut bulan ramadan.
Lantas, tindakan pelakon yang terkenal dengan drama Girlfriend Dari Neraka itu telah menjadi tanda tanya peminat.
Lalu, Sakinah telah memberi penjelasan mengenai perkara tersebut menerusi InstaStory di akaun Instagram miliknya.
“Hi semua lupa nak wishkan dekat korang selamat menyambut ramadan lepas tu the reason why I turn off the comment sebab Sakinah tak nak baca my komen takut terpengaruh pulak.
IKLAN
“So for this ramadan mungkin tak sempat lagi menutup aurat, tapi sempat menutup komen di Instagram, Bubye!,” maklum Sakinah.
Menurut pelakon yang berusia 29 tahun itu, dia telah menutup ruangan komen tersebut kerana tidak mahu terpengaruh dengan kata-kata yang negatif dari netizen bagi menghormati bulan ramadan.
IKLAN
Alahai, macam-macam lah gelagat kelakar Sakinah, apa-apa pun kata Sakinah memang ‘win’ habis!
Menggunakan nama komersial YHB Sleepsalot, bakat baharu kelahiran Singapura ini dilihat mampu menggegar dunia dunia muzik masa kini.
Dilahirkan pada 30 Ogos 2001, YHB mengakui bahawa permulaannya ke dalam dunia seni bertitik-tolak dari obsesinya terhadap bintang remaja popular, Justin Bieber yang mana lagu bintang berkenaan, Baby menjadi hit ketika usianya 12 tahun.
Sejak itu dirinya kerap mengimpikan untuk menjadi seorang penghibur.
Jelasnya ketika membesar, dia juga didedahkan dengan muzik persembahan daripada ikon nyanyian tersohor dunia seperti Elvis Presley, Raja Pop Michael Jackson serta nama-nama lain termasuk Drake, Travis Scott dan kumpulan One Direction.
Lalu, pengaruh muzik pelbagai ini telah menyemarakkan lagi cintanya terhadap dunia muzik.
Sementara itu, dia mula mencipta lagu dan akhirnya merakam sebuah lagu semasa berumur 17 tahun.
“Mencipta lagu tidak susah buat saya. Ia seperti minda pra-sedar saya yang mengambil alih dan saya hanya perlu menterjemahkan idea tersebut ke dalam lagu.
“Saya dapat cetusan ilham sedikit demi sedikit dan pada bila-bila waktu di mana sahaja. Jadi saya akan masukkan semua itu ke dalam nota dan saat idea tergendala seketika, saya hanya perlu merujuk semula catatan. Kemudian ia menjadi seperti sebuah pintu penuh ilham,” kata YHB.
Bakatnya juga turut menarik perhatian dua bintang hip hop, ALYPH dan SonaOne menerusi satu video yang dimuat naiknya media sosial.
Sejak itu, YHB tidak pernah menoleh ke belakang dan terus bersemangat untuk membuat perubahan dalam dunia muzik pop serta hip hop.
Mula menulis lagu pada usia 13 tahun dan mula menghasilkan muzik original ketika berusia 16 tahun, singlenya berjudul Karabujan mendapat perhatian.
Kemudian muncul pula Terminal dan Blow Up, yang meletakkan artis bebas ini pada ketika itu dalam senarai New Era Spotify: Senarai Lagu Hip Hop Asia.
Terdahulu, rapper muda ini pernah beraksi untuk persembahan pembukaan bagi artis terkemuka rantau ini antaranya MK K-Clique, Kidd Santhe, Tuju K-Clique.
Suaranya yang unik ditambah dengan diskografi yang versatil mendatangkan hasil apabila Def Jam South East Asia, Universal Music Singapura menawarkannya kontrak rakaman pada tahun 2020.
Muzik video single YHB berjudul Jatuh Boi yang turut menampilkan SonaOne kini sudah pun mendapat tontonan lebih 2,000 kali selepas dilancarkan kurang 24 jam di YouTube.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah, selamat menerima menantu apabila anak sulungnya, Allisya Tahir, 24, selamat disatukan dengan jejaka pilihan, Mohd Zulhisyamuddin dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada Jumaat.
Allisya merupakan anak hasil perkongsian hidup Shiera, 48, menerusi perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt sebelum mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zulkifli Azhari atau Ijoy.
Majlis ijabkabul yang berlangsung meriah di ibu kota dengan kehadiran keluarga dan kenalan rapat itu menyaksikan Allisya dinikahkan sendiri oleh bapanya, dengan hanya sekali lafaz.
Turut memeriahkan majlis tersebut ialah rakan artis seperti Azah Aziz yang terbang dari Kanada dan Marsha Milan.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen dan rakan selebriti mengucapkan tahniah buat Shiera di atas menerima kehadiran ahli keluarga baharu.
“Alhamdulillah selesai dah satu tanggungjawab. Tahniah membesarkan anak dengan jayanya. Aku dok rasa macam tak lama (anak) juga akan naik pelamin. InsyaAllah. Doakan yang baik-baik. Kau nangis tak kak?” tulis penyanyi Nourul Depp.
Setelah tidak lagi bergelar penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni kini mengorak langkah baru dengan menjadi pengacara untuk program bual bicaraMalaysia Hari Ini (MHI), TV3.
Haziq memaklumkan hal tersebut menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
“New journey. 1 daripada 4. This is 1/4. My new family @mhi_tv3. MHI di MHI.
“Muhammad Haziq Irfan di Malaysia Hari Ini. Mmg lahir2 dah tahu buat MHI ek #mhitv3,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah kepada pengacara berusia 31 tahun itu.
Pada masa sama, peminat berharap semoga Haziq terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.
“Wah tahniah,” tulis seorang netizen.
“Tahniah abg haziq, tak sabar nak tengok,” titip peminat.
“Wah congrats ziq, Semoga terus sukses,” tulis lagi netizen yang lain.
Sekadar informasi, Haziq telah tamat berkhidmat secara rasmi sebagai penyampai radio Hot FM, pada 10 Jun lalu selepas hampir 9 tahun bersama stesen radio berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Haziq Hussni
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!