Penyanyi Khai Bahar percaya setiap selebriti mempunyai pandangan atau prinsip tersendiri di dalam soal mempromosikan sesuatu produk di media sosial mereka, sama ada ia berbayar mahu pun tidak
Menurut Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, dia tidak boleh memberikan komen terperinci selepas ditanya mengenai ada sesetengah figura popular yang didakwa berkira-kira untuk berbuat demikian.
Bagi bintang berusia 27 tahun inu, semua itu berbalik kepada diri masing masing.
“Saya tak boleh nak komen hal itu berdasarkan kapasiti atau pandangan orang lain. Lain orang, lain caranya.
“Cuma menjadi amanah kita mempromosikan sesuatu produk atau jenama apabila dibayar khidmat itu. Kalau sebaliknya, itu lain cerita,” katanya.
Menjadi wajah wakilan bagi tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin jenama Chocoalbab, Khai menyatakan rasa terharu, apatah lagi rezeki yang diterima atas sikap tolenransinya dalam membuat ulasan produk (riviu) di media sosial sebelum ini.
Difahamkan, pemilik jenama produk berkenaan, Said Saiful Fazli di bawah syarikat CLA Empire Sdn Bhd. turut memuji sikap tidak berkira Khai dan pernah melakukan promosi Chocoalbab lebih 19 kali dalam tempoh sebulan tanpa mengenal waktu.
“Saya bukan nak tunjuk baik. Cuma ia lebih kepada sikap hakiki manusia. Saya percaya orang lain pun mungkin akan buat benda sama.
“Makanan sedap wajar dikongsi. Lagipun orang bayar kita jadi duta, semestinya kena ligat promosi. Perasaan semangat nak promosi produk ini menjadi-jadi kerana segala jenis makanan berasaskan coklat menjadi kegemaran.
“Dalam hal berlebih-lebih mempromosikan ini daripada apa yang ditetapkan, saya percaya ia berbalik kepada soal timbal balik sesuatu perkara. Mungkin sudah jadi sikap saya sebegitu.
“Pemilik jenama itu pun bersikap profesional dan tidak berkira, jadi saya pun tak kisah nak ‘belanja’ lebih mempromosikannya. Orang baik dengan kita, tak salah kita buat benda sama,” katanya.
Sementara itu, Khai juga baru sahaja selesai penggambaran video promosi jenama berkenaan yang memakan masa hampir 12 jam.
“Bayangkan dalam tempoh itu demi mendapatkan sudut terbaik dan memuaskan hati pihak terlibat, saya sampai kena makan berpuluh puluh tub coklat itu.
“Mujurlah yang masuk perut, makanan disukai. Jadi, layanlah juga. Penat itu biasalah, tapi ditolak ketepi. Janji semua ‘happy’ dan puas hati,” katanya.
Didatangkan dengan tiga jenis perisa, Choco Rice, Choco Ball dan Mini Choco Crunch, jenama dengan tagline Hidup Biarlah Sedap itu mensasarkan jualan satu juta tub dalam sebulan selain dieksport ke Indonesia, Brunei dan Thailand.
Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Luluh itu bakal menjayakan Konsert Nafas Cinta, Khai Bahar pada 12 Februari ini di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ Pac).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein akui dia dan suami, Mohamad Azlan Che Noh ada merancang untuk berbulan madu di London tidak lama lagi.
Mengikut perancangan, keduanya akan ke sana menjelang musim cuti persekolahan beberapa bulan lagi.
“Jadual saya penuh hingga bulan Julai. Akan tetapi insyaAllah kami ada merancang untuk bulan madu pada Mac depan. Tapi kami pergi bulan madu bukan berdua ya.
“Kami akan pergi bertiga, tak kan tinggalkan anak.
“InsyaAllah kita akan ke London, sepanjang musim sekolah. Tapi itu adalah perancangan sahaja,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai perancangan cahaya mata, Azlan yang bertugas sebagai guru mewakili isterinya, tidak menolak rezeki zuriat andai dikurniakan awal.
“Perancangan zuriat pula, kalau segera okaylah,” katanya ringkas.
Ditanya mengenai hal tersebut memandangkan jadual seni penyanyi Bungaku Bakawali itu penuh sehingga Julai, bintang itu memberitahu dia awal-awal sudah memaklumkan sebarang kemungkinan kepada pihak produksi.
“Jujurnya, saya sudah ada beritahu dengan pihak produksi yang terlibat, sekiranya saya hamil pastikan skrip itu ada melibatkan saya mengandung.
“Saya sudah maklumkan awal-awal kepada produksi yang akan saya sertai nanti dan setakat ini, tiada masalah,” jelasnya.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 18 Januari lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dengan sekali lafaz.
Sebelum ini, Elly mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta, pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, 4.
Kemudian keduanya berpisah pada 15 Oktober 2015.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) berbangga dengan keputusan yang diperolah anaknya, Kacak atau nama penuhnya Muhammad Eric Zaquan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video di IGTV, DSV teruja dengan keputusan yang diperolah Kacak meski tidak mempunyai gred A dan belajar dari rumah.
“Walaupun belajar di rumah (home school,) tapi Kacak dapat keputusan yang bagus.
“Walaupun dapat gred B, C dan D, yang penting tak ada F.
“Yang penting subjek Bahasa Inggeris Kacak dapat pandai, walaupun loghat Kelantan.
“Pandai anak Mama cakap orang putih. Dapat B!,” katanya teruja.
Penyanyi terkenal antarabangsa, Toni Braxton, 57, dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan secara rahsia bersama penyanyi rap, Birdman atau nama sebenarnya Bryan Christopher Williams, 56, pada...