Penyanyi, Wani Kayrie ada mengimbau kembali foto dirinya ketika menyertai pertandingan nyanyian Dangdut Academy Asia 4 di Indonesia.
Kongsi penyanyi berusia 20 tahun ini, dia sering menerima komen mengenai saiz tubuh badannya yang kelihatan semakin kurus dan cengkung berbanding sebelum ini.
Lalu, penyanyi lagu Magika ini mengakui ia berpunca dari kesibukan masa dengan kerjaya sekali gus tidak makan pada waktu yang tepat.
“Bila ramai tanya “Kenapa wani makin kurus? Nape makin cengkung? Nape makin keding?” Nah Wani cuci mata awak dengan muka chubby wani dulu ya.
“Saya berisi je cuma bila terlalu sibuk tak sempat nak makan ikut time. Ha gitulah However just a throwback of my picture when I was in Indonesia for Dangdut Academy Asia 4,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat memberi nasihat agar peserta program realiti Dansa Dan Sing itu sentiasa menjaga kesihatan dengan baik.
Untuk rekod, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah dilahirkan pada 17 Mei 2000 di Sandakan, Sabah.
Foto: Instagram Wani Kayrie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI