Pelakon dan pengacara, Ain Edruce meluahkan rasa teruja terhadap reaksi yang diberikan pelbagai pihak selepas berkongsi mengenai berita kehamilannya pada umum.
Menurut Ain, ini merupakan hadiah paling istimewa buat dirinya sepanjang tahun 2020 dan dia turut berharap agar dirinya dan jugasuami dapat menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak mereka nanti.
“Thank you semua for all the beautiful wishes. Tak sempat nak reply satu-satu. Doakan kitaorang jadi mummy and daddy yang baik untuk baby. This is by far the best gift 2020 ni. Alhamdulillah
“Kuiz pada hari ini : BERAPA KALI MIRUL SEBUT “seriouz ah?” dalam video ni.
Full video kat youtube ain kays. Nak bubuh sini tak dapat. Panjang sgt. Heheh
Happy anniversary Amirul Hafizz,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon sitkom Jawatankuasa Kampung Kalut (JKK) itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Ain turut dilihat menitipkan ucapan ulang tahun perkahwinan buat suaminya, Amirul Hafiz.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis tidak putus-putus menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga segala urusan Ain sewaktu kehamilan dipermudahkan.
Baru-baru ini, Ain telah berkongsi berita mengenai kehamilannya menerusi sebuah video khas yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya pada Ahad.
Sumber: Instagram Ain Edruce